Malangnya, harapannya untuk terus hidup sangat malap. Satu-satunya perkara yang mampu dia lakukan adalah untuk bertaruh nasib!
Sewaktu rancangan ini dibentuk dalam minda Xinghe, dadah di dalam tubuhnya mula berkesan.
Rasa sakit mencucuk setiap bahagian tubuhnya, organ dalamannya seolah-olah sedang ditikam oleh pisau berulang-ulang kali. Tahap kesakitannya perlahan-lahan meningkat naik...
Xinghe mengerang kesakitan lalu mengetap giginya dan menderita dalam diam. Tubuhnya seolah-olah sedang dipotong-potong. Kesakitan ini lebih tinggi berbanding semalam. Mungkin kepenatannya telah memperkuatkan rasa sakit...
Xinghe mengetap gigi dengan kuat dan peluh mula keluar dari setiap liang roma tubuhnya. Tubuhnya bergegar dengan kuat dan wajahnya sangat pucat.
Sewaktu rasa sakit menggugat kewarasannya, dia terfikir tentang keluarganya. Tentang Pak Ciknya, Xia Zhi, dan paling penting sekali, tentang Lin Lin. Dia harus bertahan demi anaknya.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com