webnovel

Saya Hanya Mahu Memeluk Kamu

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Sudah tentu, Xinghe dapat merasakan pandangan Mubai terhadapnya.

Dia sekali lagi menaikkan matanya untuk melihat Mubai. Dia bertanya, "Bukan ke kamu kata kamu lapar?"

"..." Mubai tidak menjawab, dia hanya merenung Xinghe tanpa bersuara.

"Jadi,memandangkan kita berdua tak lapar, mari kita berbalik semula kepada urusan bisnes kita." Xinghe meletakkan sudu garpu dan menyambung, "Beritahu saya, apa kesimpulan kamu?"

"Kamu hanya nak bercakap dengan saya apabila berkaitan dengan urusan bisnes sahaja?" Mubai meluahkan, mungkin disebabkan dia sudah hilang sabar kerana tidak diendahkan sepanjang malam.

Ekspresi wajah Xinghe kekal dan tidak berubah sewaktu dia menjawab, "Sudah tentu, bukan ke kita memang selalu macam ini?"

"..." 'Dia betul.'

Mubai ketawa. "Betul kata kamu. Kita memang jarang bercakap sejak dari perkahwinan kita dahulu. Hubungan kita sentiasa profesional."

"Saya gembira kamu juga menyedarinya."

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant