"..." Mubai tidak terkata-kata. "Kamu perlu lihat dokumen itu sekarang kerana jika ada apa-apa masalah, kita boleh bincangkannya sekarang. Lagipun, saya percaya kamu yang menguruskan syarikat ini."
Xinghe terkebil-kebil. Dia memang betul.
Oleh kerana ada masa, mereka boleh melakukannya sekarang.
Xinghe duduk semula dan mula menyelak dokumen itu dengan perlahan.
Mubai mengambil secawan teh dan dia memerhati Xinghe dengan teliti disebalik cawannya. Perasaannya bercampur baur.
Dia tidak menjangka Xinghe akan mengalami perubahan yang begitu drastik.
Perasaannya seperti ahli keluarga adiwira apabila mereka mengetahui identiti sebenar adiwira itu.
Dan ini berlaku kepada bekas isterinya...mana-mana lelaki juga akan sangat terkejut jika mereka berada ditempatnya.
Mubai memang terkejut, tetapi dia tidak menyesal bercerai dengan Xinghe kerana ia memberinya peluang untuk dia mengenali diri Xinghe yang baru…
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com