webnovel

Majlis Ulang Tahun Xi Lin

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Dia mahu menyimpan kejutan itu untuk esok hari.

Tidak seperti Tianxin, Mubai bukannya menjemput Xinghe untuk melihat dia dimalukan.

Apabila dia mengarahkan Chang An menghantar jemputan tersebut, dia juga menyuruhnya untuk membawa Xinghe membeli-belah baju dan barang kemas.

Walau bagaimanapun, keputusannya seperti yang dijangka. Xinghe menolak tawaran baiknya.

Chang An melaporkan, "Cik Xia beritahu bahawa dia akan ada di sana dan dia berterima kasih kepada CEO Xi untuk tawaran baju dan barang kemas tersebut. Tetapi, dia memberitahu yang dia akan bersiap sendiri."

Mubai merasakan perempuan itu sedikit bodoh. Daripada manakah dia akan mencari duit untuk bersiap sendiri?

Namun, memandangkan Mubai sudah memahami kedegilan Xinghe, dia tidak memaksanya.

Mungkin dia tidak kisah bagaimana dia akan kelihatan di majlis itu kerana itu tidak menganggunya. Mubai membuat keputusan untuk membiarkannya.

Mubai bukan lah jenis yang suka mengadili orang daripada luaran. Dia tidak kisah mengenai apa yang dipakai oleh Xinghe pada hari itu nanti.

Dia percaya bahawa Xinghe akan mengambil serius mengenai acara itu.

Lagipun, itu adalah majlis ulang tahun Lin Lin.

Selepas Mubai menjemput Xinghe secara rasmi, berita itu tersebar seperti api yang marak.

Ia akhirnya sampai ke telinga Encik dan Puan Tua Xi.

Puan Tua Xi berkeras dengan penolakannya. Mubai menerangkan dengan sabar, "Dia tidak buat apa-apa yang salah semasa perkahwinan kami. Lagipun, dia kan ibu Lin Lin."

"Mak tahu. Tapi apa kata Tianxin nanti kalau dia melihat Xinghe di majlis itu?"

"Ini adalah idea Chu Tianxin. Dia telefon saya sendiri dan menyuruh saya menjemput Xinghe."

Puan Tua Xi terperanjat.

Tetapi dia segera memahaminya. Tianxin yang bersifat berani dan baik hati itu mestilah berasa perlu untuk menjemput Xinghe.

Gadis itu memang mempunyai hati yang baik, Puan Tua Xi membuat keputusannya dengan gembira di dalam hati.

Walau bagaimanapun, dia masih bimbang akan kehadiran Xinghe yang selekeh akan mencemarkan nama Keluarga Xi.

Tapi dia bukannya sebahagian daripada Keluarga Xi lagi. Dia hanya akan mencemarkan namanya sendiri!

Hampir semua orang yang mendengar berita itu memikirkan perkara yang sama. Pengalaman Xinghe di majlis tersebut pasti akan dipenuhi dengan aib.

Kebanyakan daripada tetamu merupakan kenalan dan ahli keluarga Tianxin. Mereka begitu teruja untuk majlis esok hari. Melihat Xinghe dimalukan sebegitu rupa pasti akan menjadi hiburan yang baik.

Orang yang paling teruja sudah tentulah Chu Tianxin.

Gambaran dalam mindanya di mana dia berdiri di atas takhtanya dan memandang rendah pada Xinghe hampir menjadi kenyataan. Dia akan mengajar Xinghe maksud sebenar dimalukan.

Setiap kali dia memikirkan perkara itu, dia tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa.

Dia bersyukur kepada Tuhan kerana membawa Xinghe ke dalam hidupnya. Hidupnya pasti bosan dan tidak berseri jika tiada si badut Xinghe untuk dimalukan dan dipersendakan. Setiap permaisuri di istananya sudah tentulah memerlukan badutnya sendiri. Dia bersyukur kerana dia sudah menjumpai badutnya.

Dengan Tianxin yang penuh jangkaan, majlis ulang tahun Xi Lin akhirnya tiba.

Ianya diadakan di hotel terbesar di Bandar T.

Seluruh hotel tersebut ditempah untuk majlis itu.

Majlis tersebut bermula pada tengahari dan berlangsung hingga ke tengah malam.

Hiasan dewan tersebut berjaya menyeimbangkan suasana kemewahan dan kesucian. Hal ini kerana tetamu yang dijemput melibatkan kedua-dua golongan dewasa dan kanak-kanak.

Dengan kehadiran kanak-kanak, majlis tersebut menjadi lebih meriah dan santai.

Dengan memakai gaun terbaiknya, Tianxin sibuk bergaul dengan para tetamu seolah-olah dialah tuan rumah.

Semua orang yang hadir tahu mengenai pertunangannya dengan Xi Mubai jadi mereka cuba memenangi hatinya.

Tianxin begitu gembira dengan semua perhatian yang diberikan. Langkahnya begitu ringan. Dia dengan selambanya memainkan peranan tuan rumah seolah-olah dia sudah mengahwini Mubai.

Setelah meneliti dewan itu, dia pasti dialah yang paling menyerlah.

Senyuman Tianxin seperti berlian, menyinari mata-mata yang melihat…

Chapitre suivant