webnovel

Tiada Selain Saya

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Lagipun, Chui Ming bukannya seorang malaikat. Dia ada menyimpan beberapa rahsia yang besar. Ya, memang sasaran saya ialah Wu Rong dan Wushuang. Tetapi saya perlu mempertimbangkan Chui Ming juga. Kamu rasa dia hanya akan berdiam diri melihat saya menentang isteri dan ibu mertuanya?"

Xia Zhi akhirnya faham.

Kakaknya sedang membantu dirinya untuk membalas dendam terhadap tiga orang jahat tersebut. Ianya merupakan sebahagian daripada rancangan pembalasan dendam Xinghe.

Dia tidak diberitahu langsung mengenai hal itu.

"Kak, kakak patut bagitahu saya. Saya sangat gembira untuk menolong kakak. Kakak tak boleh tinggalkan saya dalam rancangan pembalasan dendam kakak. Saya kan ahli keluarga kakak. Saya akan sentiasa bersama kakak," ulas Xia Zhi.

Xia Zhi yang rela membantunya tanpa sebarang soalan serta tanpa perasaan takut dibalas dendam begitu menyentuh hati Xinghe.

Xinghe tersenyum dan membalas, "Zhi, janganlah kamu terlalu bimbang mengenai hal ini. Saya tidak akan buat apa-apa yang terlampau melanggar undang-undang. Saya pasti mereka tidak dapat mengesan saya."

Xia Zhi menghelakan nafas lega. Dia bertanya, "Baguslah kalau begitu. Saya tidak mahu apa-apa yang buruk berlaku pada kamu, kak. Jadi, apa yang patut kita buat seterusnya?"

Dia bersedia untuk menggegarkan dunia bersama kakaknya.

Semangat dan keterujaan untuk bertindak membuak-buak di dalam dirinya.

Xinghe merenung pada skrin komputer riba degan matanya bercahaya, berkira-kira.

"Sekarang kita tunggu," akhirnya dia berkata.

Xia Zhi memandangnya dengan terkejut. "Untuk apa?"

"Untuk ganjaran tersebut naik kepada 10,000,000 RMB. Kalau sudah naik nanti, kamu datang cari saya."

"10,000,000 RMB?" rahang Xia Zhi ternganga luas.

Chui Corps akan menawarkan ganjaran sebanyak itu hanya untuk memusnahkan virus?

Xia Zhi langsung tidak percayakan perkara itu tetapi memandangkan kakaknya meminta dia menunggu hingga ganjaran tersebut meningkat, dia patuh pada permintaan tersebut. Namun Xia Zhi sangat gusar sekiranya ada orang lain yang berjaya memusnahkan virus tersebut terlebih dahulu sebelum ganjaran itu meningkat.

Xia Zhi tidaklah bodoh. Dia dapat mengagak dengan tepat bahawa tujuan Xinghe membebaskan virus tersebut adalah untuk memusnahkan Chui Corps.

Xia Zhi juga tidak begitu kisah dengan taktik kotor tersebut memandangkan pihak lawan jugak bukanlah pemain yang adil dalam pergaduhan ini. Namun, dia tetap bimbang jika rancangan kakaknya gagal.

Dia masih merasakan ianya mustahil untuk Chui Corps menaikkan lagi ganjaran tersebut kepada 10,000,000 RMB.

Dan kemudiannya, sebelum makan malam, Chui Corps benar-benar menaikkan jumlah ganjaran kepada 10,000,000 RMB!

Kali ini, Xia Zhi hampir sahaja tunduk melutut memberi penghormatan kepada Xinghe. Kakaknya hampir dianggap seperti seorang dewi di dalam fikirannya.

"Kak, macam mana kakak tahu hal ini akan berlaku?" Xia Zhi bertanya dengan teruja.

Xinghe membalas senyuman kecil, "Sebab saya yakin tiada orang selain daripada saya yang boleh musnahkan virus ini."

Jika virus itu tidak dihapuskan pada masa yang tepat, syarikat Chui Ming pasti akan menghadapi kemusnahan.

Produk utama syarikatnya ialah perisian sekuriti dan virus Xinghe sengaja mensasarkan Sekuriti Internet King Kong syarikatnya.

Virus yang dicipta olehnya tidaklah begitu berbahaya. Virus itu hanya akan mengganggu proses komputer yang sudah dijangkiti sekali dua setiap hari.

Siapa yang mahu perkara seperti itu berlaku?!

Virus itu baru sahaja dibebaskan selama beberapa hari. Tetapi, kerugian yag ditanggung oleh Chui Corps sudah terlampau besar. Mereka perlu mencari apa sahaja jalan untuk menghentikan virus tersebut.

Oleh itu, sesiapa sahaja yang benar-benar boleh menolong mereka menghapuskan virus tersebut sememangnya berbaloi untuk diberi ganjaran 10,000,000 RMB.

Xinghe mengelipkan matanya. "Dia patut bersyukur yang saya ini tidak tamak. Saya Cuma mahukan 10,000,000 RMB daripada dia."

Xia Zhi memandang kakaknya dengan ragu-ragu.

Kak, kamu yakinkah kamu tidak tamak?

Tidak dapat tidak, Xia Zhi berasa simpati pada Chui Ming.

Ya, Chui Ming sememangnya bertanggungjawab untuk luka pada badannya tetapi jika Xia Zhi tahu yang 10,000,000 RMB menunggunya selepas dipukul, dia percaya yang dia lebih daripada sanggup untuk menerima pukulan. Apa apa pun balasan untuk perbuatan tersebut memang menguntungkan mereka.

Andainya Chui Ming sedar bahawa tindakannya menyebabkan dia mengalami kesusahan begini, adakah dia akan menumbuk dirinya sendiri dengan sesalan?

Chapitre suivant