webnovel

Tiada Pertahanan

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Ou Ming memandang Yu Lili dengan dingin dan tanpa belas kasihan sehingga membuatkan Yu Lili tidak mampu bergerak.

Mata Yu Lili kemerahan. Dia tidak percaya apa yang baru didengarinya. "Apa kamu cakap?"

"Kau pekak?" Ou Ming memandangnya dengan dingin dan bibirnya mengukir senyuman sinis dan menghina. "Kau beritahu dia."

Wanita yang duduk di sebelah Ou Ming memandang Yu Lili dan berkata, "Kau pekak kah? Tuan Muda Ou suruh kau jilat kasut dia sampai bersih!"

Yu Lili hampir menangis. Dia memandang Ou Ming dengan wajah tidak percaya dan menjerit, "Ou Ming!"

Tuan Muda Kedua Qu menyedari Ou Ming benar-benar marah. Selepas memandang mereka silih berganti, dia berkata dengan nada tegas, "Kau berani panggil nama penuh Tuan Muda Ou? Kau tak dengarkah arahan dia? Baik kau ikut cakap dia, kalau tidak…"

Ou Ming mengangkat kakinya ke atas meja lalu berkata tanpa sebarang ekspresi pada wajahnya. "Jilat ia sampai bersih, kalau tidak… kau akan tanggung akibatnya."

Sebaik melihat perbuatan Ou Ming, wanita yang menjatuhkan kek itu berdiri lalu pergi ke belakang Yu Lili dan menolaknya dengan kuat. "Kau tak dengarkah? Tuan Muda Ou suruh kau jilat sampai bersih!"

Nafas Yu Lili bertambah kencang dan matanya semakin kemerahan. Dia memandang kasut yang dikotori dengan kek di hadapannya dan tiba-tiba ditolak sehingga hampir terjatuh. Namun dia tetap berdiri tegak kembali dan memandang Ou Ming lalu berkata, "Encik Ou… perlukah kamu menghina saya hingga sebegini?"

Ou Ming tiba-tiba ketawa sebaik mendengar kata-kata itu. Kemudian dia tunduk dan memperlihatkan sisi wajahnya yang amat menarik. Wajah kacak Ou Ming membuatkan wanita-wanita di situ terpesona.

"Menghina?" Ou Ming mengulang perkataan itu lalu ketawa dengan kuat, kemudian menaikkan keningnya dan memandang Yu Lili dengan penuh sinis. "Kau cakap aku menghina kau?

Senyuman dan nada itu belum pernah dilihat oleh Yu Lili pada wajah Ou Ming. Yu Lili pernah terpesona dengan lelaki itu, tetapi semuanya terus hilang pada saat ini. Ou Ming tidak pernah bercakap dengannya menggunakan nada seperti itu. Dahulu, Ou Ming akan memandangnya dengan pandangan lembut dan penuh kasih sayang. Dahulu Ou Ming memeluknya erat. Menjaganya seperti burung kesayangan dan bimbang jika dia akan terbang pergi atau tersesat. Pada awalnya Yu Lili menikmati semua perlindungan dan kasih sayang itu, tetapi lama-kelamaan dia mula berasa rimas. Dia mahu bebas, dia mahu melarikan diri!

Tetapi sekarang, dia telah berjaya melarikan diri setelah menggadaikan dua nyawa anaknya dengan tangannya sendiri. Disebabkan itu, Ou Ming tidak mungkin akan menerimanya kembali, bukan? Walaupun Yu Lili masih bermimpi tentang Ou Ming, merindui dan mencintainya, Ou Ming tidak akan menyukainya seperti dahulu lagi, bukan? Yu Lili menahan dirinya daripada menangis lalu tersenyum, kemudian menggelengkan kepalanya dan berkata, "Tidak, maaf, saya terlalu beremosi. Saya mahu beritahu kamu banyak perkara, tetapi sekarang, semuanya sudah tak penting lagi."

Semuanya sudah tidak berguna. Biarlah hubungan mereka masih sama seperti empat tahun lalu.

Tidak perlu memalukan diri kau sendiri, Yu Lili!"

"Kita tak patut berjumpa lagi, Ou Ming."

Yu Lili memusingkan tubuhnya ke belakang lalu berjalan keluar. Biarlah dia mengucapkan selamat tinggal kali ini seperti meninggalkan penghormatan terakhir untuk dirinya sendiri.

Chapitre suivant