"Saya rasa kamu salah anggap pada saya. Saya bukan jenis perempuan yang suka benda tak jelas." Lin Qian menyampuk.
Li Jin bertenang. Ketika dia memandu, dia memandang ke luar tingkap kereta. Selepas Lin Qian kembali tenang, Li Jin akhirnya berkata, "Saya tak ada banyak masa nak mengurat wanita."
Mendengarkan ini, Lin Qian sedikit terkejut ketika riak tidak berdaya muncul antara keningnya yang dikerutkan. "Kamu hero di mata ramai orang. Tapi, semua perempuan cerewet. Tak mudah nak jadi pemaaf."
"Saya akan cuba sebaik mungkin untuk cari masa untuk memahami kamu."
Kata-kata Li Jin jelas sekali dingin, tetapi atas beberapa sebab, Lin Qian sebenarnya merasakan sedikit kehangatan.
"Saya jenis orang yang terima hujah, bukan paksaan. Jangan buat benda yang saya benci." Lin Qian memberi amaran.
"Jadi, kamu nak cakap kamu tak benci saya sekarang ini?"
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com