Orang yang duduk dalam kereta hitam itu tidak lain tidak bukan adalah Bapa Xu.
Dia membawa perasaan benci membuak-buak hingga cermin hadapan keretanya pun tidak boleh menghalang bahang benci yang menusuk keluar daripada matanya.
"Mari tamatkan semuanya hari ini!" Tang Jingxuan berkata kepada Bapa Xu. Dua lelaki itu membawa kereta mereka ke tempat parkir kenderaan berdekatan dan melangkah keluar untuk saling berdepan. "Berhenti sakitkan Qingyan. Dia dah lama merana didera kamu!"
"Saya lahirkan dia. Jadi, saya ayah dia! Tapi, anak derhaka itu dah layan saya begini. Saya tak boleh terima!"
"Kamu masih tak belajar daripada kesilapan kamu. Kamu nak apa lagi?" Tang Jingxuan menaikkan kelantangan suaranya. "Apa kamu dapat kalau kamu terus fikirkan hal ini? Biar saya nasihatkan kamu, sebelum keadaan tak boleh dikawal dan sementara kamu masih ada peluang, saya cadangkan kamu berhenti buat benda tak berguna."
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com