Kali ini, Xia Yuling sendiri hampir hilang kawalan. Dia tidak pernah menyangkakan Tang Xuan akan menjadi kejam hingga ke tahap ini.
Walaupun Tangning tahu tentang semua helahnya, dia tidak pernah terfikir menghukum mati Tang Xuan. Namun, ada orang yang tidak akan berputus asa, tidak kira betapa banyak belas kasihan pun diberi kepada mereka.
Xia Yuling mahu melompat bangun daripada kerusinya, tetapi Orang Tua Tang menahannya. "Serahkan hal ini kepada Ayah. Ayah tak akan biarkan kamu dan Xiao Ning merana lagi."
Xia Yuling memandang renungan tegas Orang Tua Tang dan akhirnya kembali duduk di kerusinya.
Dia akan tunggu dan lihat jika Orang Tua Tang benar-benar berniat menguruskan hal ini dengan adil.
"Dia bukan lagi sebahagian daripada Keluarga Tang, tetapi perutnya masih ada anak Keluarga Tang. Selepas dia melahirkan, Ayah akan beri jawapan memuaskan kepada kamu berdua."
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com