Pada skrin itu, perkara pertama yang muncul ialah gambar yang Quan Ye muat naik pada tengah hari itu. Namun, ia sudah dibesarkan.
Sememangnya, ia boleh dilihat yang tubuh lelaki itu sangat sama dengan Quan Ye dan beberapa perincian itu mirip dirinya.
Jadi, pihak media berasa ingin tahu dengan apa yang cuba dicakapkan Fang Yu.
Adakah dia cuba menjelaskan kebenaran atau dia cuba mengatakan Tangning dan Quan Ye memang mempunyai hubungan?
"Itu memang Presiden Quan…"
"Kan, memang dia, kan?"
"Apa yang Pengarah Fang cuba lakukan?"
Fang Yu memandang wartawan dan menyoal mereka, "Kamu nampak sebarang cela? Saya juga tak nampak. Sekarang… mari tengok gambar asal." Sebaik sahaja dia bercakap, satu gambar lain muncul di skrin di sebelah gambar yang dimuat naik Quan Ye. Kedua-dua gambar itu kelihatan hampir sama.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com