Selepas kejadian Huo Jingjing, seperti yang dijangkakan Tangning, lelaki tak guna itu benar-benar memberitahu pihak media yang Huo Jingjing telah melakukan satu pembunuhan. Malah, dia turut memohon untuk membawa ibu bapa perempuan simpanannya ke hadapan semua orang sebagai bukti.
Orang ramai tidak dapat melakukan apa-apa selain daripada mengeluh. Mereka tidak percaya ada orang yang bermuka tembok begitu wujud dalam dunia. Sesiapa sahaja yang mempunyai mata dapat melihat kalau benar Huo Jingjing selicik itu, dia tidak akan berdiam diri bertahan dengan semua keganasan ini. Namun, lelaki tak guna itu tetap nekad.
Orang ramai memerhati dengan takzim, menunggu tindakan seterusnya lelaki itu sambil terus memberi perhatian pada sarkas media yang sedang berlangsung.
Tangning meminta Lu Che menyiasat ibu bapa perempuan simpanan itu secara persendirian untuk mengetahui pendapat mereka tentang kematian anak mereka.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com