"Janganlah risau, dia tak sentuh saya," pujuk Lu Tingxiao.
"Tapi saya nampak! Saya nampak dia gosok dada dia dekat kamu!" Ning Xi menjadi semakin marah sewaktu mengatakannya.
"Kamu ingat saya akan biar dia sentuh saya?" Tapak tangan lelaki itu yang lebar mengusap rambut gadis yang hampir mengamuk itu. Ekspresinya yang risau sepanjang hari itu juga menghilang secara perlahan-lahan. "Saya berundur dan mengelak. Dari sudut kamu je nampak macam kami bersentuhan."
Rupa-rupanya dia telah tersalah pandang kerana kedudukannya yang salah. Dia tahu Si Syaitan tidak akan membenarkan sesiapa mengambil kesempatan terhadapnya.
Apabila Ning Xi mendengarnya, barulah perasaan marah dalam hatinya berkurang sedikit.
Gilalah! Dia telah berasa gemuruh buat masa yang lama dan risau Lu Tingxiao akan terjatuh ke dalam jerat, tetapi siapa sangka akhirnya dialah yang hampir terjerat... Haih...
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com