webnovel

Memang Bintang Bertuah Saya!

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Ning Xi berbaring di atas katil dan menepuk-nepuk belakang badan Ban Kecil dengan lembut. "Hari-hari macam nilah yang buat saya rasa sangat gembira! Tunggulah bila saya bersara nanti. Saya nak cari sebuah tempat yang ada pemandangan yang cantik macam tempat ni dan hidup dalam persembunyian!"

"Betul? Tapi, di sini tak ada elektrik dan Wi-Fi."

"Kenapa saya perlukan semua tu? Saya ada kamu dan Si Cilik pun dah cukup!"

...

Ning Xi sedang berbual dengan Lu Tingxiao bila tiba-tiba kedengaran bunyi dinding bilik diketuk dari bilik sebelah. 

Selepas itu, mereka mendengar samar-samar suara Lu Jingli dari bilik sana. "Maafkan saya, kamu berdua tolong ingat sikit yang dinding rumah ni tak kalis bunyi. Boleh tak kamu berhenti tunjuk kasih sayang kamu malam-malam buta ni? Kalau tak berhenti juga, saya akan telefon polis!"

Ning Xi menjawab, "Ah, maaf. Saya lupa kamu berdua masih ada di sini!"

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant