Pada waktu malam, di sebuah vila berkelas tinggi.
"Kenapa, Ziyao? Ada yang tak kena ke? Bukan ke hari ni kamu keluar dengan Mak Cik Lu?" tanya Guan Rui yang bimbang apabila dia nampak anaknya kelihatan tidak gembira.
Guan Ziyao berkerut. "Ayah, masa saya keluar dengan Mak Cik Lu hari ni, saya jumpa perempuan tu dan saya dapat tahu dialah pemilik salah satu jenama yang terkenal baru-baru ni. Jenama dia tu dapat bantuan daripada kerajaan..."
Guan Rui tersenyum. "Itu yang buat kamu sugul? Saya ingatkan apalah yang buat kamu susah hati. Tu mesti disebabkan pertolongan Lu Tingxiao. Kalau tak, apa je yang perempuan tu boleh buat sendiri? Tapi… saya tak sangka Lu Tingxiao akan pergi sejauh ni untuk dia. Mungkin Lu Tingxiao cuba nak siapkan dia untuk berkahwin. Dia cuba naikkan nilai perempuan tu..."
Ekspresi wajah Guan Rui berubah murung. "Kita tak boleh biar perempuan tu teruskan rancangan dia!"
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com