Wajah Jiang Muye cemberut. Dia tidak akan pernah mengaku yang dia tidak setanding dengan Lu Tingxiao.
Sekarang, tiba-tiba entah dari mana muncul pula seorang budak baru dan membuatkan Ning Xi langsung tidak mengendahkannya. Mana mungkin dia boleh tahan dengan situasi ni?!
Bila dia nampak yang Ning Xi masih kelihatan resah dan tidak tenang, Jiang Muye mengeluh dan berkata, "Apa kata saya tolong kamu siasat latar belakang lelaki ni?"
"Ya, ya, ya!" Ning Xi mengangguk laju.
Ning Xi meneliti jadual penggambaran untuk hari itu. Wajahnya muram bila menyedari yang adegan tadi adalah satu-satunya adegan yang melibatkan dia dan Ke Mingyu pada hari itu.
Kebanyakan plot filem itu berkisar tentang watak utama lelaki dan perempuan. Walaupun watak utama lelaki kedua tidak mempunyai bahagian lakonan yang banyak, tetapi kebanyakan adegan-adegannya adalah bersama watak utama perempuan.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com