"Terima kasih, Xiao Xi! Terima kasih banyak-banyak! Saya betul-betul suka kamu!" Zhuang Keer berpusing ke arah Ning Xi dan memeluknya dengan erat. Tak ada yang lebih menggembirakan daripada dipeluk oleh perempuan yang comel itu. Ning Xi pun tersenyum dan membalas, "Saya pun suka kamu!"
Pada ketika itu, ada cahaya daripada lampu kereta disuluh ke arah mereka. Sebuah Maybach hitam berhenti di sebelah mereka berdua dengan perlahan-lahan. Pintunya dibuka dan sepasang kaki yang kurus melangkah keluar…
Mereka terkejut dengan kemunculan Lu Tingxiao.
Pada saat itu, Ning Xi hampir-hampir jatuh melutut. Ya tuhan! Tuhan mempermainkan dia ke? Kenapa situasi ini berulang lagi?!
Ning Xi segera melepaskan Zhuang Keer.
"Lu Tingxiao… kenapa kamu ada dekat sini?"
Kemudian Lu Tingxiao menjawab dengan ekspresi wajah yang suram, "Nak ambil kamu."
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com