"Ini ialah...?" Zhuang Zongren memandang lelaki yang lengkap bersut hitam itu dengan mata yang tajam.
"Jeneral Zhuang, maaf mengganggu. Saya teman lelaki Xiao Xi."
"Oh... Budak dari keluarga Lu! Kamu datang nak jemput Cik Adik Xi!" Kata Zhuang Zongren.
"Ya."
Ning Xi bangun dan pergi ke arah Lu Tingxiao. "Tuan Tua Zhuang, Pak Cik Zhuang, Keer, terima kasih sebab dah jemput saya makan malam. Saya balik dulu!"
Zhuang Liaoyuan hanya mendiamkan diri.
Zhuang Zongren fikir Zhuang Liaoyuan berasa kecewa kerana Lu Tingxiao dan Keer tidak bersama, tetapi dia tidak begitu ambil kisah tentang itu. "Baiklah, hati-hati balik rumah."
Tiba-tiba, Zhuang Keer yang pendiam itu berdiri. Kerusi yang didudukinya tadi menciut bila ditolak mengenai lantai. Dia menjerit, "Lu Tingxiao, kamu memang melampau!"
Semua mata terpaku pada Zhuang Keer.
Zhuang Zongren kelihatan terperanjat. "Keer, jangan kurang ajar!"
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com