David cepat-cepat menafikan, "Tak mungkin! Pakaian tu rekaan terakhir kita dekat minggu fesyen di Milan…"
Perkara-perkara begini asyik berlaku dan Ning Xueluo tak boleh tahan lagi. Dia menjerit dengan kasar, "Patutlah Qin Shengyue kata kamu ni tak berubah. Kamu tak ada rekaan lain ke?"
"Tapi saya pilih rekaan tu sebab selamat…"
Walaupun David berdalih, dia mula panik dalam hatinya.
Dulu dia boleh kata yang ia hanya kebetulan. Tapi selepas melihat rekaan Spirit kali ini, ketakutannya mula bertambah.
Lagipun, semua yang dimilikinya sekarang ini ialah hasil yang dicuri. Makin banyak pujian dan penghormatan yang dia dapat, makin bertambah rasa takutnya untuk kehilangan semuanya.
Apa yang lebih penting lagi, dia betul-betul kekurangan draf rekaan. Walaupun dia dah rekrut sekumpulan orang untuk tiru gaya rekaan Gong Shangze, hasilnya tak akan sama dengan yang asal sekalipun hasil kerja itu ditiru dengan sempurna…
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com