Semua orang terkejut apabila mendengar pengesahan daripada Lu Tingxiao.
Itu memang teman wanita Lu Tingxiao! Lelaki ini tak ada keinginan duniawi pun… mereka dah bincang tentang perempuan macam mana yang boleh mencuri hati Lu Tingxiao.
Yang lembut atau yang anggun?
Yang pemurah atau yang romantik?
Atau mungkin ahli perniagaan yang berjaya macam Lu Tingxiao juga?
Mereka dah fikirkan banyak kemungkinan tapi mereka tak sangka Lu Tingxiao akan jatuh hati dengan arnab kecil ini!
Gadis itu hanya berdiri rapat di sebelah Lu Tingxiao. Mereka berdua tak padan langsung! Tapi bila dilihat dengan lebih dekat, mereka perasan aura dingin Lu Tingxiao menjadi lebih hangat apabila gadis itu ada di sebelahnya. Apabila Lu Tingxiao memandang gadis itu, seakan-akan musim bunga dah tiba.
Ajaibnya!
"Saya dah hidup cukup lama untuk tengok ada perempuan yang boleh mendekati Lu Tingxiao! Perempuan ni… dia agak unik!"
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com