Hari ini salji turun – hari terbaik untuk makan stimbot.
Malangnya, dia cedera dan dia tidak boleh makan makanan pedas. Oleh itu, mereka bercadang untuk sediakan sup biasa. Lu Tingxiao buat semuanya daripada mencuci sayur-sayuran sehinggalah menyediakan sup sementara Ning Xi hanya duduk di sana dengan senyap.
Lu Tingxiao sedar akan tingkah laku gadis itu yang patuh. "Saya tak akan buat macam itu lagi" tergambar di wajahnya tetapi dia tidak akan tertipu dengan mudah.
Dia selalu kedengaran ikhlas sewaktu memohon maaf tetapi… dia akan mengulanginya lagi!
"Oh ya, Si Cilik, kamu nak tak ibu carikan seorang guru untuk ajar kamu berlawan… maksud ibu kung fu?" Ning Xi menanyakan pendapat Si Cilik semasa mereka sedang makan.
Si Cilik menyengetkan kepalanya ke sisi. Kung fu?
"Betul! Kalau ada sesiapa yang buli kamu, kamu boleh lindungi diri sendiri! Kamu boleh lindungi ibu juga!" jelas Ning Xi.
Si Cilik mengangguk.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com