Hu Hongda mula panik apabila memikirkan dia akan kehilangan segala-galanya dan dia cepat-cepat cuba membetulkan keadaan. "Sayang, maafkan saya. Saya janji saya takkan buat lagi!"
Pada ketika itu, Hu Hongda mula teringat semua yang Ming Fangfang dah buat untuk dia selama ini. Walaupun Ming Fangfang tak boleh mengandung, Ming Fangfang ialah seorang yang cantik dan pemurah. Dia tak pernah mengeluh sepanjang berada di sampingnya. Dia uruskan rumah tangga dan yang lebih penting, dia membantu perniagaannya.
Tak! Dia tak boleh ceraikan Ming Fangfang sekarang!
"Sayang, ni kali terakhir, saya sumpah!"
Kali ini, Ming Fangfang tak percayakan Hu Hongda bulat-bulat. Dia merenung ke arah Hu Hongda dengan pandangan dingin dan berkata, "Hah, tak tipu lagi dah? Okey, beritahu saya kenapa kamu lindung perempuan tu?"
Ming Fangfang mendesak Hu Hongda untuk menjawab.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com