Ketika semua orang sedang berdebar-debar menunggu pereka X naik ke pentas, tiba-tiba ada sesuatu yang tidak disangka berlaku.
Gong Shangze pengsan.
Badannya betul-betul sudah tidak mampu bertahan lagi. Lagipun, dia sememangnya sedang demam dan sudah bertahan buat masa yang agak lama.
Pengacara majlis mula menggesa pereka misteri itu untuk naik ke pentas. Han Momo panik. "Apa kita nak buat sekarang ni, Kak Xi?"
Ning Xi menyentuh dahi Gong Shangze yang panas. Kemudian, dia membantu lelaki itu berdiri dan berkata, "Saya akan bawa dia ke hospital. Kamu tolong terima anugerah tu bagi pihak dia."
"Hah? Saya?" Mulut Han Momo ternganga kerana terlalu terkejut.
Akhirnya, Han Momo tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa mengikut kata-kata Ning Xi. Dia meloncat-loncat naik ke atas pentas seperti seekor arnab dan hampir tersungkur kerana terlalu gementar. Kemunculannya betul-betul melampaui jangkaan orang ramai.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com