webnovel

Si Ban Kecil Sangat Comel

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Sabar…? Mereka dah tunggu selama dua tahun dan mereka dah pun anggap yang mereka takkan berpeluang untuk dengar suara Si Cilik lagi. Sekarang, mereka akhirnya dapat lihat Si Cilik bercakap! Macam mana mereka nak bersabar lagi?

Walau bagaimanapun, ketika ini mereka tak ada pilihan lain selain menunggu.

Suara Si Ban Kecil sebentar tadi menghentikan seketika Xing Wu yang sedang menjalankan arahan. Akhirnya dia memberanikan diri untuk bertanya, "Tuan Lu… saya masih perlu sediakan kereta ke?"

Lu Chongshan segera memandang Xing Wu dengan rasa tak gembira, "Untuk apa? Cepat pergi ke dapur dan sediakan makan malam!"

Kemudian, dia berpusing ke arah Ning Xi dan berkata dengan teragak-agak, "Cik Ning, apa kata kamu makan malam di sini?"

Dia tak rasa gembira perempuan itu ada di situ. Tetapi, cucu kesayangannya telah memilih untuk bercakap semula bukan kepada datuk, nenek, ayah ataupun doktor, tetapi kepada perempuan itu. 

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant