webnovel

Kenapa Kamu Asyik Merenung Saya?

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Selepas meninggalkan History, Ning Xi berjalan-jalan dengan niat untuk membeli cenderamata.

Di pertengahan jalan, dia berasa penat. Dia membeli kudapan dan duduk di kerusi panjang.

Tiba-tiba, dia rasa seseorang sedang memandangnya.

Ning Xi mengangkat kepalanya dan melihat seorang pengemis yang selekeh sedang merenungnya.

Dia rasa sangat pelik untuk makan sambil ditenung. Dia telah keluarkan sandwic daripada beg kertas lalu diberikan kepada pengemis itu.

Pengemis itu memandangnya sebelum mengambil sandwic itu dan makan dengan lahap. 

Ning Xi mengangkat kepalanya apabila dia rasa seperti masih ditenung dan melihat pengemis itu masih di situ.

Kemudian, Ning Xi sedar pengemis itu bukan memandang makanannya tapi lebih kepada tenungan untuk menilainya.

Ning Xi keliru. Apa yang dia patut buat? Dia dah beri pengemis itu makanan. Apa yang pengemis itu cuba buat?

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant