Cook mengerutkan dahi buat pertama kali selepas Li Yueling selesai membuat persembahan. Peserta-peserta sebelum ini telah disingkirkan olehnya dan disuruh meninggalkan dewan itu dengan serta-merta.
Cook berbincang dengan pembantu yang duduk di sebelahnya untuk beberapa ketika. Akhirnya, pembantu itu menghampiri Li Yueling dan memaklumkannya dengan mesra, "Cik Li Yueling, uji bakat kita akan diteruskan. Boleh kamu tunggu di luar sekejap?"
Kata-kata itu bermaksud bahawa mereka sangat berpuas hati dengan persembahannya, tetapi mereka ingin melihat kalau-kalau ada calon yang lebih layak...
Li Yueling mengangguk kecil. "Tak ada masalah."
Pfft, mana mungkin akan ada orang yang lebih layak daripadanya? Iklan ni pasti akan jadi miliknya!
Li Yueling akhirnya keluar dari dewan uji bakat itu. Semua orang yang sedang menunggu di luar memandangnya dengan penuh debaran.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com