webnovel

Permintaan Ini Tidak Keterlaluan, Bukan?

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Tangan Bai Lu tidak henti-henti menggeletar. Dia memandang Su Yimo dengan ketakutan, "Saya... Saya tak sengaja... Saya... Kak Yimo, ini semua salah saya. Beritahu saya macam mana saya boleh tebus kesalahan saya pada kamu! Saya akan buat selagi saya mampu!"

Su Yimo sememangnya malas bercakap dengan seseorang yang bertaraf rendah seperti Bai Lu, jadi dia hanya mengerling ke arah pengurusnya. 

Zhao Meixin yang memahami maksud pandangan Su Yimo itu terus memeriksa bahagian hujung gaun itu. Selepas itu, dia berkata dengan melebih-lebih, "Koyakan di hujung gaun ini sangat teruk! Gaun ni dah tak boleh dipakai! Okey, macam ni, kami akan lupakan apa yang berlaku hari ini kalau kamu berdua setuju untuk ganti gaun ini dengan gaun yang sama."

Liang Biqin berasa gembira selepas mendengar kata-kata Zhao Meixin. Dia turut serta berpura-pura murah hati, "Kamu berdua dengar, bukan? Ganti saja dengan gaun yang sama. Permintaan ini tidak keterlaluan, bukan?"

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant