webnovel

Kobis Lu dan Lobak Merah Yun

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Lu Jingli bergegas merapatinya, "Oh! Kakak ipar saya, kakak ipar kesayangan saya…"

Wajah Ning Xi berubah gelap, "Kalau kamu mengarut lagi, baik kamu beri balik kepada saya!"

Lu Jingli cepat-cepat membawa lari pencuci mulut itu sejauh yang mungkin, "Bukannya mengarut!"

Kemudian dia mula makan kek itu dengan tangan dan bercakap sambil makan, "Xiao Xi Xi, tolong belajar buat kek ini. Nanti saya boleh selalu makan!"

"Tak susah untuk membuatnya. Saya tahu cara membuatnya, tapi bagaimana nak dibandingkan dengan yang dibuat oleh Tuan Tua Cai. Jangan melampau!" Ning Xi tidak menggalakkannya. 

Lu Jingli makan pencuci mulut itu sambil marah, "Abang saya benar-benar melampau."

"Apa pula kaitannya dengan abang kamu?"

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant