"Dah selesai! Semuanya dah selesai!" Semua orang mula bersorak. Ada di antara mereka yang begitu emosional sehingga mengalirkan air mata.
Ning Xi berasa terlalu bersyukur sehingga dia tidak dapat mengatakan apa-apa. Drama pertamanya telah berakhir.
Sebaik sahaja dia kembali ke dalam bilik rehat peribadinya, dia merebahkan diri dengan kepenatan di meja soleknya tanpa sempat menukar pakaian yang dipakai untuk penggambaran tadi.
Ketika inilah Xiao Tao meluru masuk ke dalam bilik sambil menjerit, "Kak Xi, akhirnya penggambaran kamu dah selesai!"
Ning Xi melambaikan tangannya dengan lemah. "Ada apa ni, sayangku? Kalau ada apa-apa. boleh tak cakap nanti? Otak saya tengah serabut sekarang ni, jadi saya betul-betul tak boleh nak fikir apa-apa..."
Xiao Tao tidak mampu bersabar lagi. "Tak boleh tunggu nanti, Kak Xi! Kakak tahu tak pasukan drama tengah cakap apa di belakang kakak?"
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com