webnovel

Tiada Siapa Lebih Baik daripada Kamu

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Ning Xi mengeluh. "Tapi waktu itu, saya mencintai seorang lelaki dan saya perlukan satu taraf untuk berdamping dengannya."

Cahaya terpancar di mata Lu Tingxiao. "Su Yan?"

Ning Xi mengangguk dan kemudiannya tersenyum. "Kamu tak pelik ke macam mana perempuan kampung macam saya waktu itu boleh berjumpa dengan seorang Tuan Muda seperti Su Yan?"

Sebelum Lu Tingxiao sempat membuat jangkaan, Ning Xi menjawab soalannya sendiri untuk tidak membiarkan lelaki itu berada dalam keadaan tertanya-tanya. "Paru-paru Su Yan tak begitu baik sewaktu dia kecil, jadi selama tujuh tahun, dia tinggal di kampung di sebuah rumah bersebelahan dengan rumah saya."

"Pertama kali saya bertemu dengan dia bila saya terjumpa dia pengsan di tengah jalan, jadi saya angkat dia di belakang saya dan bawa dia balik rumah.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant