webnovel

Seperti Tubuhnya Telah Dikosongkan

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Kedua-dua pelakon itu cukup sepadan dan telah menyampaikan persembahan yang hebat, terutamanya Ning Xi. Gadis itu berjaya membawa semua orang menyelam masuk ke dalam jalan cerita babak itu sehingga menghilangkan semua perasaan berat sebelah kepadanya.

Pada mulanya, tak ada seorang pun yang ingin Ning Xi menyentuh idola mereka. Namun kini, mereka berubah fikiran mereka dan dengan penuh harapan mengharapkan dia akan melakukannya serta-merta. Apabila melihatnya, mereka terasa terangsang seperti diri mereka sendiri yang sedang melakukannya.

Namun, apabila semua orang sedar dan kembali ke realiti, mereka masih berasa iri hati kepada Ning Xi. Mereka mengelilingi Jiang Muye untuk bertanya keadaannya dan memuji kemahiran lakonannya yang menakjubkan.

Hari ini, selain Jia Qingqing, seorang lagi yang lebih murung adalah Zhao Sizhou.

Pada mulanya, kedudukannya paling tinggi dalam hati krew penggambaran, dan dia paling popular di kalangan gadis-gadis. Namun, sejak kedatangan Jiang Muye, semua perhatian telah ditujukan kepada Jiang Muye dan dia telah diabaikan serta-merta.

Sudah tentu, orang paling gembira ialah pengarah.

Hari ini, semua babak lakonan antara Ning Xi dan Jiang Muye telah berjalan dengan lancar. Prestasi kedua-dua pelakon ini terlalu baik seperti mereka telah berlatih babak tersebut seratus kali sebelum ini.

Bagi Ning Xi, hari ini dapat disimpulkan dalam dua frasa: meluru ke depan, kehidupan selepas malapetaka.

Sebaik sahaja tugasnya selesai, Jiang Muye dikelilingi orang-orang yang ingin mengajaknya makan malam untuk menyambut hari pertamanya di set penggambaran. Ning Xi pula mengumpul barangannya dan tiba-tiba, telefon bimbit dalam begnya berbunyi.

Dalam skrin telefon bimbitnya terpapar: Lu Jingli.

Lu Jingli telah memaksa Ning Xi menyimpan nombornya dalam telefon bimbitnya beberapa hari yang lalu.

Kenapa orang ini buat panggilan?

Dengan hati yang curiga, Ning Xi segera ke satu sudut untuk menjawab panggilan tersebut.

"Halo, Tuan Muda Kedua?"

"Halo…Xiao1…Xi…Xi…"

Di hujung panggilanitu, Lu Jingli bersuara lemah, seperti seluruh tubuhnya telah berlubang dan dikosongkan…

Ning Xi berasa teragak-agak kemudian bertanya, "Apa yang telah berlaku?"

"Apa yang berlaku… Saya yang sepatutnya tanya kamu soalan itu! Apakah kamu telah lakukan kepada abang saya semalam?" Lu Jingli meletup ketika menyoal siasat gadis tersebut.

Ning Xi keliru. "Huh? Apa yang kamu cakap ini? Apa yang saya boleh buat kepadanya?"

"Kalau kamu tak lakukan apa-apa, kenapa abang panas baran sangat hari ini? Kami telah bermesyuarat sejak pukul 8 pagi ini, sampai sekarang. Sudah hampir 12 jam!"

"Eh…ini masalah syarikat. Tak kena-mengena langsung dengan saya, bukan? Ini mungkin kerana dia bercuti terlalu lama, jadi banyak kerja yang perlu diuruskan?"

"Tak mungkin. Saya amat biasa dengan kelakuan abang. Saya boleh tahu apa yang difikirkan hanya dari satu pandangan, dan ini pasti ada kaitan dengan kamu! Kamu yang melakukan ini kepada kami! Sekarang dia akan seksa setiap orang dalam syarikat ini sampai mati!" Lu Jingli yakin semua ini salah Ning Xi.

Ning Xi terasa dirinya dituduh, lalu menjawab dengan tidak terdaya, "Saya memang tak buat apa-apa!"

Satu-satunya kemungkinan, semalam dia telah menjemput Jiang Muye dari lapangan terbang dan seterusnya mandi di rumahnya, di mana dia telah bertembung dengan Lu Tingxiao…

Adakah ini mungkin sebabnya?

Tetapi bukankah dia berkelakuan seperti biasa selepas itu?

"Saya tak peduli, saya tak peduli! Tentu kamu! Kamu yang menyebabkan semua ini, jadi kamu kena betulkannya! Kalau tidak, apabila kami mati dan jadi hantu nanti, kami tidak akan lepaskan kamu! Ketua jabatan kewangan kami baru sahaja pengsan kerana terlalu terseksa. Rohnya pasti sedang mencari kamu sekarang..."

Ning Xi: "…"

Apa yang berlaku ini? Dia ditembak walaupun sedang berbaring2

Apakah yang patut dia buat sekarang?

Bagaimana dia boleh selamatkan mereka?

Adakah ini satu lawak kepadanya?

Sewaktu Ning Xi sedang keliru memikirkan semua ini, dia menerima satu MMS.

Lu Jingli telah menghantar dua gambar kepadanya.

Satu seorang lelaki yang pengsan dan tidak sedarkan diri dimasukan ke dalam ambulans. Satu lagi menunjukkan bilik mesyuarat. Semua yang duduk di sekeliling meja besar itu kelihatan takut dan gementar, seperti mereka bakal dipancung. Raja Syaitan Besar Lu duduk di kerusi utama dan kelihatan seperti Yama3yang telah bersedia menjatuhkan hukuman ke atas mereka.

Ning Xi dapat rasa kedinginannya walaupun melalui foto itu…

Chapitre suivant