webnovel

Masuk Tandas Wanita untuk Mencari Seseorang

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Di dalam kereta itu, Si Cilik merenung telefon bimbit dengan wajah suram.

Lu Tingxiao membuka tali pinggang keselamatannya. "Saya akan masuk untuk mencarinya, tunggu saya di sini."

Si Cilik dengan segera menarik lengan baju bapanya, menunjukkan dia mahu ikut.

Lu Tingxiao menatap wajah anaknya sambil berkata, "Jika kebetulan dia mabuk, adakah saya mengangkat kamu atau mengangkat dia?"

Si Cilik mengembungkan pipinya untuk menunjuk rasa tidak puas hati. Dia tidak perlu orang untuk mengangkatnya.

Lu Tingxiao menjadi serius. "Malangnya, selepas apa yang berlaku sebelum ini, kepercayaan saya terhadap kamu telah hilang. Saya tidak percaya kamu mampu menjaga diri kamu sendiri. Sekiranya ia berlaku sekali lagi, saya pun tidak akan dapat menanggung akibatnya. Kamu faham?"

Si Cilik menurunkan kepalanya, mengaku kalah.

Apabila sedar dia terlalu tegas, dia menggosok rambut anaknya dan berkata, "Saya akan balik dengan cepat."

"Zhang Tua, pandu kereta ke tempat letak kereta bawah tanah."

"Baiklah, Tuan Muda,"

Di bawah renungan orang ramai di pintu masuk hotel, pintu kereta itu dibuka dan seorang lelaki melangkah keluar.

Dia memakai satu set lengkap sut berwarna kelabu dan tubuhnya seperti patung marmar, mengzahirkan tekanan yang luar biasa.

"Ah, itu Lu…Lu Tingxiao! Ahhh! Baru saja kami tertanya siapakah dewa kekayaan ini. Rupa-rupanya Dewa Kekayaan sebenar! Selain dari Dewa Kekayaan, siapa lagi yang mampu memandu kereta mewah begini! Berbanding dengan Tuan Muda Xiao, keluarga Su hanya keluarga biasa!"

"Tuhanku, tolong saya. Saya sangat terkejut. Saya mahu pengsan… saya hanya pernah melihatnya sekali dalam majalah. Siapa tahu saya dapat melihat orangnya yang sebenar apabila datang ke sini! Saya mahu tandatangan! Tandatangan seluar dalam saya!!!"

"Semua pelakon yang terkenal dan cantik boleh berlutut di hadapan Tuan Xiao. Sekiranya dia memasuki industri hiburan, siapa yang lebih hebat berbanding pelakon kecil lain!"

"Teruskan mimpi kau! Sekadar melihat dari jauh sudah kira sangat beruntung. Kamu mahu dia juga masuk ke dunia hiburan supaya kamu dapat mengagumi dia setiap hari?"

Walaupun lelaki itu telahpun memasuki hotel, orang ramai yang berdiri di luar pintu masuk masih tidak bersurai dan kekal bergosip seperti tadi.

"Tauke Lu tidak pernah pergi ke mana-mana tanpa pengumuman awal. Jadi, saya tertanya kenapa dia datang bersendirian ke hotel ini lewat malam sebegini. Untuk apa dia datang ke sini?"

"Siapa tahu, bukannya dia datang ke sini untuk mencari perempuan!"

"Sayang sekali. Dia seorang lelaki yang begitu hebat tetapi langsung tidak bergaul dengan perempuan! Kau rasa kenapa dia tidak mahu rapat dengan perempuan?"

"Dia suka pada lelaki!"

"Itu tak masuk akal. Kalau dia suka lelaki, bagaimana anaknya muncul? Saya rasa Tuan Xiao seorang yang sentimental dan hatinya masih pada ibu kepada anaknya. Sudah pasti dia sangat cinta padanya sehingga dia kekal bujang hingga ke hari ini!"

Apabila Lu Tingxiao sampai ke tingkat paling atas hotel itu, dia sedar semua pelakon dan kru telah pun beredar. Jadi, orang ramai di bawah tadi mestilah kumpulan terakhir yang keluar. Namun, dia masih tidak jumpa Ning Xi.

Dia terus berjalan masuk ke dewan dan cuba mencari Ning Xi sambil menghubungi nombor Ning Xi sekali lagi.

Ning Xi masih tidak mengangkat telefonnya.

Ketika dia melewati satu tandas, langkahnya tiba-tiba terhenti. Dari tandas itu, dia dapat sayup-sayup mendengar bunyi nada deringnya.

Dia berdiri di sana, mendengar sejenak dan menyedari bunyi itu memang datang dari tandas wanita.

Lu Tingxiao memutuskan talian dan bunyi deringan itu juga berhenti.

Apabila akhirnya berjaya mencari orang yang dicari, dia menghela nafas lega lalu mengerutkan keningnya.

Dia tidak mempunyai pilihan lain selain masuk ke tandas wanita untuk mencarinya.

Telefon bimbitnya telah berdering dengan begitu kuat. Namun, dia tiada reaksi. Nampaknya wanita itu agak mabuk.

"Ning Xi?"

Dia cuba memanggil namanya, tetapi masih tiada jawapan.

Dia berdiri di antara tandas lelaki dan tandas wanita lalu mencubit kulit di antara kening. Eksperesi wajah sama dengan raut wajahnya semasa mengendali perjanjian 10 bilion yuan.

Beberapa saat kemudian, kaki panjangnya melangkah ke depan dan dia meluru masuk ke dalam tandas wanita.

Chapitre suivant