webnovel

Pertukaran Roh (2)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Qiao Chu tidak terkata apa-apa sambil merenung Jun Wu Xie yang berlalu pergi. Tangannya tergantung di udara selepas pemergian Jun Wu Xie yang berlaku tiba-tiba itu.

Dia bukannya mahu membantah dihalang masuk ke bilik Jun Xie, tetapi sekurang-kurangnya tinggalkanlah kucing itu! Qiao Chu tidak akan dapat membawa kucing itu kepada Abang Hua kalau dia tidak dibenarkan masuk ke bilik Jun Xie!

Kalau ya pun, jelaskanlah sebelum pergi!

Awal pagi keesokan harinya, Qiao Chu yang masih tidur tiba-tiba dikejutkan oleh bunyi cakaran di pintunya yang sangat membingitkan. Dia membuka pintu dengan marah tetapi hanya yang ada hanya kucing hitam kecil itu yang duduk di hadapan pintu tanpa ada rasa bersalah.

"Tuan kamu suruh kamu ke datang?" Qiao Chu memandang langit. Cahaya matahari baru sahaja muncul di ufuk timur. Pintu bilik semua pengikut lain masih lagi tertutup rapat, mungkin semuanya masih di alam mimpi.

Kucing hitam kecil itu mengecilkan matanya. Sikapnya yang kurang senang dengan Qiao Chu semalam nampaknya sudah hilang, tetapi digantikan pula dengan sikap dingin.

Qiao Chu berpusing menghadap kucing hitam itu dan membongkok untuk mengambilnya. Sewaktu dia membongkok, dia nampak mata kucing hitam itu yang dingin dan tenang. Tiba-tiba dia mendapat satu bayangan. Bukan kucing hitam kecil itu yang berada di hadapannya, tetapi Jun Xie.

Mata itu! Pandangan yang sama!

Sewaktu merenung mata berkenaan, Qiao Chu tiba-tiba hilang keberanian untuk mengangkat kucing hitam kecil itu. Dia seolah-olah merasakan seperti akan mengangkat Jun Xie.

Kucing hitam kecil itu tidak mengeluarkan kukunya kali ini, tetapi berjalan dengan lemah lembut ke sisi Qiao Chu. Dengan satu lompatan yang kuat, kucing hitam kecil itu mendarat di atas bahu Qiao Chu dan duduk dengan selesa.

Kucing hitam kecil itu diam sahaja. Kakinya menekan Qiao Chu sedikit. Dagunya diangkat dan matanya masih lagi kelihatan dingin.

"Pasti saya tersilap pandang! Kenapa saya rasa kamu dan tuan kamu tu sama saja?" Mata dan personaliti kucing itu sangat serupa dengan tuannya!

Tetapi kucing hitam kecil itu telah memberikan reaksi yang berbeza malam tadi.

Qiao Chu tidak mempunyai masa untuk menjelaskan keraguannya. Dia menggunakan langit yang masih lagi gelap sebelum terbit fajar dan bergegas menuju ke ruang tempat tinggal Hua Yao.

Hua Yao masih lagi sedang bermimpi sewaktu satu bunyi yang kuat tiba-tiba membuatnya terjaga. Dia bingkas bangun dan memandang kejam ke arah budak tak guna yang merempuh masuk melalui tingkap yang telah dikunci itu!

"Abang Hua! Pagi!" Qiao Chu berkata sambil menepuk-nepuk embun pagi yang terkena pada bajunya sewaktu membawa kucing hitam itu. Baju ini masih kelihatan agak elok dan dia amat menyayanginya.

Hua Yao menggosok-gosok kepalanya, sakit kepala dia dibuatnya. Dia menahan keinginan di dalam hatinya dengan sedaya-upaya. Keinginan ingin mencekik budak tak guna ini sampai mati.

Tak bolehkah dia ni berperangai macam orang yang normal? Orang yang tahu mengetuk pintu!

Hua Yao menelan kemarahannya, matanya tertarik ke arah kelibat berwarna hitam itu.

Sewaktu Qiao Chu memecah masuk melalui tingkap, kucing hitam kecil itu telah melompat turun dari bahunya dan mendarat di atas meja. Sekarang ini, kucing hitam kecil itu sedang menghadap Hua Yao yang masih duduk di atas katil.

"Ini…..?" Hua Yao berkerut melihat kucing hitam yang kelihatan amat tenang itu.

Qiao Chu duduk di atas kerusi dan berkata sambil tersenyum, "Xie Kecil minta saya bawa ke mari. Dia kata bawa kucing ini ke pertemuan dengan Qin Yue. Abang Hua, agaknya apa yang penting dengan kehadiran kucing ni?"

Hua Yao yang mempunyai minda yang bijak dan tajam juga turut bingung kali ini. Dia sungguh hairan dan tidak dapat memikirkan sebab yang baik di sebalik tujuan Jun Xie mahukan kucing hitam itu berada dalam pertemuan mereka nanti.

Tak ada persiapan lain, cuma bawa seekor kucing ke sini?

Sedang Hua Yao memikir-mikirkan sebabnya, kucing yang sedang memerhatikan mereka dengan dingin tiba-tiba membuka mulutnya untuk bersuara.

"Bila Qin Yue nak datang?"

Suara yang jelas dan dingin itu amat dikenali mereka. Mereka berdua tiba-tiba seperti telah dipanah petir dan roh mereka hampir melompat keluar dari badan!

Chapitre suivant