webnovel

Itu Bukan Masalah!

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Teh Api Marak!" Jawab Zhao Jun. Tadi mereka bertiga terlalu gemuruh hingga hanya meminta air kosong. Tetapi masing-masing mahu merasa teh-teh yang ada di rumah agam Jeneral. Teh-teh di rumah agam ini dibuat khas untuk Jeneral. Bukan senang untuk mereka dapat peluang begini. Jadi, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk merasa teh-teh ini.

"Teh Kutub Selatan!" Li Lanfeng memerlukan teh sejuk untuk menenangkan dirinya. Dia lebih tertekan berbanding dua lagi rakannya. Dia tidak suka melihat wajah kecewa Puan Lan.

"Teh Beri Perhatian!" Li Shiyu mahu merasa teh Beri Perhatian yang popular itu.

Ling Lan memasukkan teh yang mereka minta ke dalam sistem dan tidak lama kemudian, empat cawan teh muncul di hadapan mereka. Zhao Jun segera mencapai teh Api Marak dan Li Lanfeng menyambut teh Kutub Selatan pilihannya. Ling Lan pula menatang dua cawan yang tinggal dan berjalan ke arah Li Shiyu. Dia menghulurkan teh Beri Perhatian kepadanya.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant