webnovel

Kelibat Kong shi

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Awak…" Sebaik sahaja mendengar teriakan tersebut, tubuh Zhang Jiuxiao tersentak dan dia hampir termuntah darah.

Baru sebentar tadi dia meminta lelaki itu untuk menggiling dakwat pada batu dakwat buat dirinya dan dalam sekelip mata, permintaan tersebut telah diajukan kepada dirinya pula. Ini tamparan yang terlalu hebat dan pantas!

Diselubungi kehampaan, sebiji durian dari kepalanya gugur ke lantai. Zhang Jiuxiao baru sahaja ingin berbalah dengan Zhang Xuan semasa dia tiba-tiba terdengar suara lelaki itu sekali lagi.

"Saya kena tumpukan perhatian pada isu lindungan ini, jadi saya benar-benar perlukan pertolongan awak. Awak pasti tak akan tolak permintaan saya untuk sesuatu yang penting begini, kan?"

Wajah Zhang Jiuxiao segera berubah kelam. Segala kata-kata yang ingin dikatakan sebentar tadi kini tersekat di kerongkong, lidahnya kelu.

Nampaknya… itu kata-kata yang telah diujarkannya kepada lelaki itu tadi.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant