webnovel

Raja Daun Langit Muncul

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Ini…"

"Ya, bagaimana dia masih kekal tenang dalam keadaan itu?"

Kata-kata Zhang Xuan menimbulkan rasa curiga dalam minda orang lain.

Walaupun Jiang Yuan Komander Seribu Orang dari Dewan Pakar Tinju, dia sangat senyap sepanjang perjalanan mereka dan hanya berdiri di tepi tanpa perasaan apabila pakar tinju yang lain berada dalam bahaya. Jika dia tidak berdiri sebentar tadi, mereka mungkin terlupa kewujudannya.

Raut wajah Jiang Yuan bertukar merah padam seketika sebelum dia menghayun tangannya dengan selamba. "Syarat menjadi seorang pakar tinju ialah dia mesti kekal tenang walaupun dalam kucar-kacir. Lagipun, memandangkan betapa bahayanya keadaan itu dan saya kurang pemahaman tentang formasi, saya rasa saya tak layak untuk bersuara kerana saya mungkin akan timbulkan lagi banyak masalah. Tak patutlah kamu mengesyaki yang saya seorang pengintip hanya kerana saya senyap selama ini, tak begitu?"

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant