Zhang Xuan akhirnya menutup buku setelah bertanya beberapa lagi soalan.
Lelaki itu sememangnya tidak sedar akan hal-hal yang berlaku di sekeliling Racun Janin Semulajadi Kong shi, jadi sudah tentulah mustahil bagi Zhang Xuan untuk mendapatkan apa-apa daripadanya.
Jika awak diracuni, ia bermakna awak ialah seorang yang lemah. Malah, seseorang pasti akan menyembunyikan hal tersebut daripada rakan seperjuangannya sendiri, apatah lagi musuhnya.
Samalah seperti bagaimana Zhang Xuan tidak pernah memberitahu sesiapa yang dia telah diracuni. Kemungkinan besar Kong shi juga sebegitu pada masa dahulu/
Tapi walau apa pun, Zhang Xuan dapat memahami sebab sebenar di sebalik lelaki itu yang telah bertukar menjadi sebentuk jantung melalui sesi persoalannya dan sebab sebenar di sebalik bilik bawah tanah ini.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com