"Ini…"
"Kuatnya…"
Setelah mendengar suara tersebut dan melihat kawah besar di lantai depan mata mereka semua, muka semua di situ dengan segera menjadi pucat lesi. Pada saat itu, kesunyian melanda halaman perumahan tersebut.
Ketua Mazhab Bai bukanlah orang paling kuat di antara mereka tetapi dia itu masih jauh daripada menjadi orang terlemah antara mereka. Tambahan pula, dia dikenali dengan ketangkasannya. Ketua Mazhab Luo Huang sendiri akan jauh ketinggalan di belakang jika mereka berlumba.
Tetapi… walaupun dengan ketangkasannya, dia telah dibunuh dalam masa kurang setengah nafas…
Bukan itu sahaja, Yang shi tidak bergerak sedikit pun. Semua benda telah berlaku di depan mata mereka tetapi mereka tetap tidak tahu bagaimana Ketua Mazhab Bai telah dibunuh dan bagaimana kawah besar tersebut telah terhasil.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com