Ada orang yang telah menolak pengiktirafan moyang selepas mereka lulus ujian guru sarjana mereka?
Kamu mesti sedang bergurau!
Ada ke… orang sebegitu gila dalam dunia ini?
"Memenangi pengiktirafan daripada moyang itu merupakan nikmat! Menolaknya? Siapa orang ini?"
Selepas bingung untuk seketika, Ketua Pavilion Jiang hampir naik gila di situ juga.
Pencapaian Mo Hongyi untuk mendapatkan pengiktirafan daripada seorang moyang sudah cukup memecahkan rekod Empayar Tianwu 300 tahun ini dan ini sahaja sudah dapat menjana keterujaan dan keriangan pada semua guru sarjana dalam Pavilion Guru Sarjana ini.
Ketua Pavilion Jiang juga berasa bangga. Dia sudah pasti akan berjalan dengan kepalanya jauh di atas Pavilion Guru Sarjana lain pada masa hadapan.
Namun, untuk seseorang menolak pengiktirafan moyang…
Nasib baik Mo Hongyi tidak berada di situ. Jika dia dapat tahu tentang perkara ini, mesti dia akan muntah darah dan pengsan di situ juga.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com