webnovel

Pembunuhan

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Jadi bagaimana kalau ibu bapa yang bertanya tentangnya? Kamu selaku guru yang paling bawah pangkatnya di sekolah, sememangnya kamu takkan mampu jawab soalan tersebut!

 

Jadi, sekadar tidak hendak memalukan diri sendiri, kamu datang ke sini untuk melihat teknik pertapaan 5-Dan. Kalau ini tidak dipanggil hipokrit dan megah, perkataan tersebut tidak mempunyai maksud.

 

"Esok, saya akan mencari dekan untuk memecat orang yang tak realistik ini!"

 

Tetua Mo membuat keputusannya sambil membebel didalam hatinya.

 

Kalau orang sebegini yang tidak berlatih pertapaan dengan baik dibiarkan didalam akademi, dia hanya akan menjatuhkan nama baik akademi ini!

 

Zhang Xuan tidak tahu bahawa dua kali pertemuan bersama Tetua Mo telah meletakkannya dalam senarai orang untuk dipecat. Kalau mengetahui hal ini mungkin dia keliru samada hendak gelak ataupun menangis.

 

Ayat yang diperkatakannya hanyalah alasan.

 

Sebenarnya, tahap pertapaannya telah pun mencapai tahap tersebut!

 

Dia hanya berhenti berlatih kerana kekurangan teknik pertapaan yang berkaitan.

 

Dengan cepat, dia sampai ke barisan rak yang terakhir di bahagian teknik pertapaan.

 

Di dalam akademi ini, guru yang terkuat dan terkenal pun hanyalah seorang peninju 5-Dan. Saat seorang melepasi tahap 5-Dan ke 6-Dan alam Pixue, mereka akan dengan segera menjadi tetua di akademi.

 

Sememangnya, tidak ada teknik pertapaan 6-Dan yang berada di sini kerana ia hanya merupakan Ruang Kompendium Guru. Oleh hal demikian, teknik pertapaan 5-Dan berada di rak yang terakhir sekali.

 

"Tidak banyak buku untuk teknik pertapaan 5-Dan berbanding teknik 4-Dan!"

 

Terdapat agak-agak 2000 hingga 3000 kitab rahsia teknik pertapaan untuk 4-Dan manakala untuk 5-Dan hanyalah sebanyak 1000 sahaja.

 

Namun, Ia sesuatu yang biasa bila difikirkan. Lebih tinggi seseorang memajukan dirinya, lebih kurang sumber yang boleh didapati untuk menyambung proses kemajuan dirinya. Walaupun akademi ini telah wujud pada masa yang lama, sememangnya terdapat kurang Peninju 5-Dan berbanding Peninju 4-Dan di dalam sejarahnya.

 

Akibat daripada itu, teknik pertapaan mereka dan nota yang ditinggalkan oleh mereka juga akan sedikit bilangannya.

 

Sambil menggelengkan kepalanya, dia memutuskan untuk tidak memikirkan perkara-perkara tersebut. Zhang Xuan seperti sebelumnya mengambil keluar sebuah buku dan mengimbasnya.

 

Dalam sejam kemudian, 1000 kitab rahsia teknik pertapaan sudah selesai diimbasnya dan Perpustakaan Jalan Syurganya mula menyusun kitab-kitab tersebut .

 

Selepas mendapat perkara yang dikehendakinya, Zhang Xuan tersenyum kemudiannya melambai Tetua Mo sebelum berjalan keluar meninggalkan tempat itu.

 

Melihat perangai Zhang Xuan yang hanya membalikkan helaian muka surat secara rawak sambil membelek kitab-kitab pertapaan, dengan laju, Tetua Mo mula mengutuk Zhang Xuan lagi di dalam mindanya.

 

Sejurus selepas tiba di dalam biliknya, dia terus mengikut jejak langkah yang sebelumnya dalam mencari ungkapan dan baris ayat yang betul dikalangan beribu-ribu kitab tersebut.

 

Seperti yang dijangkakan, tidak lama kemudian, perpustakaan tersebut merumuskan 1000 buku tersebut menjadi satu. Kali ini, buku itu mempunyai namanya yang tersendiri. Empat perkataan yang besar 'Seni Suci Jalan Syurga' terpapar di muka surat pertama.

 

Dia mula bertapa sekali lagi.

 

Peninju 5-Dan alam Dingli merupakan sambungan kepada alam Pigu. Tujuannya adalah senang, ia adalah untuk menggabungkan zhenqi petapa dengan badan mereka. Perbezaan kekuatan antara setiap tahap alam Dingli adalah berdasarkan keserasian antara zhenqi seseorang itu dengan badannya sendiri.

 

Lebih serasi zhenqi seseorang itu dengan badannya, lebih banyak kekuatan yang akan diperolehinya.

 

Zhang Xuan menumpukan perhatiannya apabila membaca teknik pertapaan alam Dingli yang tertulis di dalam Seni Suci Jalan Syurga. Dengan berhati-hati, dia mengawal zhenqinya yang jernih dari dantiannya ke dalam tubuh badannya. Pengaliran ini dihadkan dengan kadar yang perlahan untuk memastikan ia dapat diasimilasikan dengan sepenuhnya dengan tubuh badannya.

 

Seni Suci Jalan Syurga ini sememangnya layak diperkatakan sebagai teknik pertapaan yang merumuskan kesemua kebaikan daripada beribu-ribu kitab rahsia yang lain. Kecekapan teknik pertapaan ini terlalu hebat sekali. Zhenqinya dan ototnya dengan cepat mula berasimilasi antara satu sama lain.

 

Kekuatan badannya dan keserasian zhenqinya meningkat dengan mendadak.

 

Alam Dingli tahap biasa!

 

Alam Dingli tahap sederhana!

 

Alam Dingli tahap maju!

 

Alam Dingli tahap puncak!

 

Boom!

 

Selepas empat jam, badannya menggeletar sekali lagi.

 

Zhang Xuan membuka matanya yang sekarang dipenuhi dengan rasa tidak percaya, "Ini… Peninju 5-Dan Puncak?"

 

Asalnya, dia menganggarkan bahawa dia akan mengambil masa yang lama untuk bertapa di dalam alam Dingli. Tidak termimpi olehnya untuk mencapai tahap puncak dengan hanya empat jam menggunakan Seni Suci Jalan Syurga.

 

Untuk dirinya yang dulu, pertapaan adalah susah seakan ingin memasuki syurga. Namun, kepada Zhang Xuan sekarang yang bertapa mengikuti Seni Suci Jalan Syurga, ia semudah makan dan minum sahaja.

 

Hanya dengan berlatih untuk setengah malam, dia telah berjaya maju dari Peninju 3-Dan alam Zhenqi kepada Peninju 5-Dan alam Dingli tahap puncak… Ini adalah keterlaluan!

 

Lebih-lebih lagi, jikalau tidak disebabkan dia kurang mengetahui teknik pertapaan untuk 6-Dan dan dan juga titik-titik akupuntur yang perlu di beri perhatian untuk melepasi alam 5-Dan, dia mungkin telah pun berjaya untuk melepasi dan menjadi seorang Peninju 6-Dan alam Pixue!

 

Di dalam 6-Dan alam Pixue, seseorang akan membuka semua titik-titik akupuntur yang tersekat di dalam badan mereka. Dengan berbuat demikian, zhenqi seseorang akan menjadi lebih banyak dan kekuatan mereka akan meningkat.

 

Ia dikatakan bahawa terdapat 108 titik akupuntur yang terdapat di badan seseorang. Namun, hanya 72 daripada mereka yang boleh dibuka dan perlu mengikut susunan jikalau ingin membukanya. Badan setiap orang berbeza-beza dan ini bermaksud setiap orang akan mempunyai susunan yang tersendiri untuk membuka setiap titik akupunktur demi mendapatkan keputusan yang terbaik daripadanya. Jikalau seseorang itu gagal mencari susunan yang betul, mereka berkemungkinan besar hanya akan mampu membuka tiga atau empat titik akupuntur sahaja dan terperangkap di alam tersebut sepanjang hayat mereka.

 

Tugasan ini ibarat membersihkan sungai. Ia perlu diperbuat mengikut peringkat bermula dari hulu sungai ke hilir sungai. Kalau seseorang itu bermula dari pertengahan sungai dan bersih ke hulu ataupun hilir sungai, ia mungkin akan tersekat dan menghalang sebarang kemajuan pada masa hadapan.

 

Kes tersebut sama seperti proses pembukaan titik akupuntur seseorang. Kalau susunan yang betul tidak ditemui ataupun diikuti, titik akupuntur yang lain mungkin akan disekat untuk sepanjang hayat mereka. Oleh hal demikian, tanpa teknik pertapaan yang betul, Zhang Xuan tidak berani untuk cuba maju daripada tahapnya sekarang.

 

Namun, dia tidak kecewa. Dia belum pernah mendengar seseorang berjaya melepasi dua alam dalam jangka masa satu malam. Dia telah pun berasa puas dengan keputusannya.

 

"Kecuali diperlukan, lebih baik saya tidak menayangkan tahap pertapaan saya!"

 

Selaku seorang yang dilahirkan semula, dia sudah membaca banyak buku dan menonton banyak wayang. Dia tahu bahawa memiliki sesuatu harta karun boleh dikira sebagai jenayah.

 

Dia merupakan guru yang terburuk di seluruh akademi. Namun, dalam jangka masa satu malam, dia berjaya mencapai tahap Peninju 5-Dan puncak. Kalau orang lain tahu, mereka mesti akan menyerbunya.

 

Oleh hal demikian, lebih baik dia tidak memberitahu orang lain tentang pencapaiannya dalam mencapai alam Dingli tahap puncak. Lebih sulit perkara ini, lebih bagus untuknya.

 

"Biarlah saya melihat sendiri betapa kuatnya diri saya selepas ini!"

 

Selepas membuat keputusan tersebut, Zhang Xuan sekali lagi berjalan menuju Tiang Batu Pengukur Kekuatan.

 

Orang lain di alam Dingli tahap biasa hanya mempunyai kekuatan satu ding, dia telah pun mempunyai kekuatan sebanyak lima ding. Kalau begitu, apakah kekuatannya sekarang sejak mencapai tahap puncak?

 

Peng!

 

Cahaya mula berkelip dan nombor mula terpapar diatasnya.

 

8 ding!

 

"Kekuatan sebanyak lapan ding? Ia sudah pun menghampiri kekuatan seorang pakar alam Pixue yang telah berjaya membuka empat titik akupunktur!" mata Zhang Xuan mula bercahaya.

 

Biasanya, seorang Peninju 5-Dan alam Dingli tahap puncak akan mempunyai kekuatan sebanyak 4 ding. Selepas itu, setiap titik acupunktur yang dibukanya akan diberikan kekuatan sebanyak 1 ding.

 

Namun, walaupun hanya berada di peringkat alam Dingli tahap puncak, dia sudah mempunyai kekuatan sebanyak lapan ding yang meletakkannya setaraf dengan pakar yang telah pun membuka empat titik akupunktur.

 

"Seperti yang dijangkakan, Seni Suci Jalan Syurga ini terlalu hebat!"

 

Zhang Xuan agak gembira. Selepas berlatih untuk jangka masa yang panjang, dia berniat untuk menjamah sesuatu dan kemudiannya tidur. Namun, telinganya tiba-tiba terdengar sesuatu.

 

"Kenapa ada orang masih berada di sini pada masa sebegini?"

 

Zhang Xuan mula mengerutkan dahinya.

 

Disebabkan kemajuannya didalam pertapaannya, pendengaran dan penglihatannya sudah meningkat dengan banyak. Dia sekarang mampu mendengar dengan lebih jelas bunyi seseorang yang bersembunyi tidak jauh daripadanya tanpa memandang ke arah tersebut.

 

"Nampaknya dia sedang meninjau bilik saya. Rasanya dia belum lagi perasan kehadiran saya!"

 

Pada saat ini, Zhang Xuan tidak berada di biliknya tetapi di belakang Tiang Batu Pengukur Kekuatan yang berada agak jauh daripada asrama. Selepas mengukur kekuatannya, dia telah pun mengehadkan pernafasannya dan ini menyebabkan orang tersebut untuk tidak perasan akan kehadirannya.

 

"Jom melihat siapa yang ingin mencari pasal dengan saya!"

 

Dia tidak menjangkakan seseorang akan mahu mencari pasal dengannya sebaik sahaja dia menghabiskan pertapaannya. Perasaan curiga mula timbul didalam benak fikirannya.

 

Dengan mengimbas semula memorinya yang terdahulu, walaupun dia tidak mempunyai banyak pencapaian, tiada lagi senario di mana seseorang akan menyelip masuk pada waktu malam untuk mencarinya!

 

"Tidak kira siapa dia, saya tidak boleh memberinya peluang untuk mengenalpasti identiti saya!"

 

Sebaik sahaja dia menghampiri biliknya untuk berjumpa dengan orang tersebut, dia mula berfikir.

 

Seluruh akademi ini tahu dia merupakan sampah di tahap Peninju 3-Dan alam Zhenqi. Kalau dia tiba-tiba muncul sebagai Peninju 5-Dan puncak, mesti mereka akan berasa curiga sekali!

 

Tambahan pula, kalau berita tentangnya mula tersebar, pasti beberapa orang akan mula mengesyakinya.

 

Oleh hal demikian, tidak kira apapun, Zhang Xuan mesti tidak membenarkan dirinya untuk dikenalpasti oleh orang tersebut.

 

Pada saat ini, secara tiba-tiba dia teringat akan wayang yang pernah dia tonton dalam hidupnya yang lepas. Seterusnya, dia mengoyakkan sedikit kain dari lengannya untuk menutup mukanya.

 

Hu!

 

Selepas habis dengan persediaannya, Zhang Xuan dengan senyap mula menyelinap ke arah orang tersebut dengan menggunakan kegelapan dan kesunyian malam.

 

Walaupun dia baru sahaja mencapai tahap 5-Dan dan tidak pernah belajar asas pergerakan, teknik pertapaan yang dilatihnya adalah Seni Suci Jalan Syurga yang diberkati dengan kebolehan untuk mengawal seluruh badannya secara terperinci. Lebih-lebih lagi, dia sudah membiasakan dirinya dengan persekitarannya. Gabungan kedua-dua perkara tersebut membuatkan orang tersebut masih tidak perasan akan kehadirannya walaupun Zhang Xuan berada hanya sepuluh meter dibelakangnya.

 

Pada jarak ini, dia boleh nampak dengan jelas pakaiannya yang hitam. Mukanya juga ditutup jadi ia mustahil untuknya mengenal pasti identitinya.

 

"Kalau kamu perlu menyalahkan seseorang, salahkan diri kamu sendiri yang berani meletakkan tanganmu pada puan muda kami!"

 

Sambil bersembunyi di belakang pokok yang besar, Zhang Xuan menjeling ke arah orang tersebut apabila terdengar bebelannya.

 

"Suara itu … macam pernah didengari…"

 

Dahi Zhang Xuan mula berkerut.

 

Zhang Xuan pasti dia pernah mendengar suara tersebut. Namun, dia sukar untuk mengingati dengan jelas siapa dan dimana dia pernah mendengarnya.

 

Hu!

 

Sebaik sahaja dia cuba mengingati perkara daripada Zhang Xuan yang lepas ataupun selepas dia dihidupkan kembali, orang tersebut mula bergegas ke biliknya. Pada masa yang sama, dengan pergerakkan lengannya, pisau yang tajam dan berkilat muncul di tangannya.

Chapitre suivant