Gara-gara kecewa akibat putus tunang , Nur Amira melarikan diri dari kampungnya telah datang ke bandar dan bertembung dengan seorang jejaka iaitu Tengku Rykarl Andrian dimana dia juga salah seorang pegusaha syarikat yang terbesar di Malaysia . Percintaan mereka mulai berputik sedikit demi sedikit sehinggalah kekasih Rykarl iaitu Nur Melisa Natasha pulang dari New York . Adakah mereka tetap akan bersama ??
Wu Ying Hua seorang designer yang berjaya dan digelar sebagai pekerja cemerlang dalam masa setahun. Tetapi keadaan mula berubah selepas dia jatuh sakit dan apabila dia sedar, segalanya berubah. Persekitarannya berubah, namanya juga berubah kepada Xiao Hua. Berdepan pula dengan Wang Shu Yan, lelaki asing yang tiba-tiba sahaja digelar suami? Masalahnya, lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang penuh dengan kebencian. Jadi apa yang telah berlaku sebenarnya sehingga lelaki berstatus suami itu sering mengugut untuk membunuhnya? “Awak hanya boleh mati di tangan saya aje. Kalau awak rasa dengan menyeksa diri sendiri boleh buat awak mati, awak silap besar.” - Wang Shu Yan. "Saya bukan Wu Xiao Hua." - Wu Ying Hua. Xiao Hua mempunyai rahsia dalam kehidupannya. Namun kini yang menanggung derita itu adalah Ying Hua. Dia terpaksa menjadi mangsa tomahan pada kisah yang dia sendiri tidak tahu. Dia sendiri membenci dengan Xiao Hua kerana terpaksa menggalas derita yang bukan dirinya lakukan. Berapa lama dia harus berada di dunia asing itu? Bagaimana dia ingin kembali kepada kehidupannya sebagai Wu Ying Hua? Dapatkah dia membongkar satu persatu rahsia yang tersimpan oleh Xiao Hua? ** Selamat membaca **
Maklumat salah telah memenjarakan Chu Qiao daripada divisyen 11 atas tuduhan palsu. Setelah berjaya melarikan diri dari penjara, Chu Qiao mengorbankan nyawanya apabila sebuah bom cuba memusnahkan divisyen tersebut. Sebaik sahaja dia bangun, dia sedar dia telah dilahirkan semula sebagai hamba kanak-kanak berusia lapan tahun dari Dinasti Xia… Nasib dirinya dan putera mahkota Yan Xun telah terikat selama lapan tahun kerana Chu Qiao menolong putera mahkota itu meraih kuasanya supaya dia dapat pulang ke negaranya. Mereka telah jatuh cinta dalam proses itu, namun berpisah tidak lama selepas itu kerana pandangan yang berbeza. Keberanian Chu Qiao tidak pernah tunduk kepada penghambaan, dia telah dinaikkan pangkat daripada seorang hamba kepada seorang dewi peperangan, dan telah bertemu kembali dengan orang yang selalu melindunginya — Zhuge Yue