Bai Qiusheng nekad menolak Tangning ke jalan mati. Jadi, sebaik sahaja dia sedar, dia mengatur untuk bertemu wartawan dan polis.
Dia kelihatan cedera agak teruk. Kepalanya berbalut kemas dengan balutan luka tebal, manakala wajah pucatnya membuatkan dia kelihatan lebih kurus. Jika ada orang merenung matanya, mereka dapat melihat mata Bai Quisheng sedikit merah.
"Pelaku itu mahukan nyawa saya…"
"Saya harap polis boleh tuntut keadilan untuk saya dengan menyiasat kebenaran."
"Kita mesti hukum pelaku ini!"
"Itu dah cukup buat sekarang. Keadaan Qiusheng tak elok sangat. Jadi, kami tak akan terima sebarang temu bual lagi hari ini. Tentang serangannya, dia akan adakan sidang media untuk jelaskan semuanya bila dia dah sembuh sepenuhnya. Saya harap pihak media boleh memahami dia." Pengurus Bai Qiusheng berkat sambil memimpin wartawan keluar dari bilik hospital. Satu-satunya orang yang tinggal ialah pegawai polis yang merekodkan kenyataan Bai Qiusheng.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com