"Awak silap, ini bukan teknik Pedang Berapi biasa." Suara menawan seorang lelaki tiba-tiba bergema. Lelaki itu berkata sambil ketawa, "Teknik pedang ini membuatkan saya terfikir tentang kawan lama yang saya kenal beberapa tahun dahulu."
"Guna Pedang Berapi biasa dianggap sebagai menipu... tetapi jika ini bukan Pedang Berapi biasa, bukankah dikira menipu juga?"
"Hahaha, betul juga apa yang awak cakap." Lelaki itu ketawa terbahak-bahak.
"Tetapi, helang-helang yang menjengkelkan itu hampir sahaja dikalahkan. Mari kita bersiap sedia untuk buka pintu bandar."
Pemilik suara menawan itu dengan tergesa-gesa berkata, "Tunggu sekejap, tiga ekor helang ini cuma kumpulan pertama hari ini, ada satu lagi kumpulan besar yang akan terbang ke sini."
"... Bukan ke sudah ada beberapa ekor yang datang? Kenapa banyak pula yang akan datang har ini? Ini yang buat saya bengang; saya akan bunuh kesemuanya!"
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com