webnovel

Posyen-posyen Kuno

Editor: EndlessFantasy Translation

"Mengikut simulasi dan ekstrapolasi Cip A.I., teknik permulaan meditasi paling berguna untuk membentuk rune minda. Tetapi, selepas seorang pembantu paderi tahap 2 selesai membentuk 24 rune minda mereka, mereka hanya boleh berkembang dengan perlahan…"

"Tidak hairan kalau pembantu-pembantu paderi gred-lima menghadapi kesesakan untuk maju menjadi seorang pembantu paderi tahap 3!"

Leylin melihat keputusan formula matematik itu dan berfikir secara mendalam.

"Aku sudah berada di akademi selama ini, tetapi aku tidak pernah dengar mana-mana pembantu paderi yang mempunyai teknik meditasi maju tersendiri. Lebih-lebih lagi, perantis profesor-profesor lain berhenti untuk beberapa tahun sejurus mereka mencapai standard pembantu paderi tahap 2. Ia kelihatan seolah-olah profesor mereka juga tidak dapat menolong daripada segi teknik meditasi, jadi aku boleh lepas tangan tentang perkara ini untuk seketika!"

"Bagi penggunaan bahan-bahan, terdapat beberapa formula posyen asas yang boleh membantu dalam peningkatan daya rohani. Tetapi, harga untuk memperolehnya agak tinggi dan bahan-bahannya juga agak mahal. Hasilnya juga agak menghampakan…"

"Tapi, kadar kejayaan aku akan melebihi profesor Posyen yang lain kerana aku mempunyai Cip A.I.. Oleh itu, aku dapat tingkatkan daya rohani aku dengan cara ini!"

Leylin membuat keputusan. "Seterusnya aku kena kumpul formula-formula posyen yang boleh meningkat daya rohani aku. Tambahan pula, aku harus menjual posyen-posyen aku di luar dan memperoleh lebih banyak bahan-bahan posyen!"

"Tapi, ia agak bahaya di luar kawasan akademi sekarang, jadi bagaimanakah aku boleh mencari pasaran-pasaran gelap atau kumpulan dagang bersaiz kecil?"

Kening Leylin berkerut sekali lagi. "Dengan masalah-masalah ini, profesor-profesor di dalam akademi tidak akan duduk diam dan hanya bergoyang kaki. Masalah-masalah ini akan selesai selepas seketika; Lebih baik aku cari formula-formula posyen untuk meningkat daya rohani aku terlebih dahulu."

Kalau masalah-masalah di luar tidak dapat diselesai oleh Magi, Leylin pula yang akan menghadapi kerugian yang besar. Sambil berfikir tentang hal ini, dia kemudian tertidur dengan lena.

Pada pagi seterusnya, Leylin meminta nasihat daripada Profesor Kroft.

"Formula posyen yang membantu peningkatan daya rohani?" Kroft terkejut.

"Kadar kejayaan untuk membancuh posyen ini terlalu rendah dan bahan-bahan untuk persediaannya juga sangat mahal. Kebanyakan Pakar Posyen telah hilang kekayaan keluarga mereka hanya untuk posyen ini, dan hanya mereka yang mempunyai latar belakang keluarga yang kukuh dapat mengaut keuntungan…"

Walaupun bakat Posyen Leylin sangat hebat, Kroft merasakan yang perantis dia mempunyai matlamat yang terlalu tinggi.

"Tuan juga tahu. Kebolehan saya hanya seorang pembantu paderi gred-tiga. Untuk seorang pembantu paderi gred-tiga menjadi seorang Magus, kesesakannya lebih tinggi. Ia lebih mudah untuk menjadi seorang Magus pada usia yang muda, jadi saya ingin mengambil risiko."

Leylin berkata dengan lembut.

"Oh… Awak!" Kroft mengeluh dan duduk dengan perlahan, " Saya mempunyai beberapa formula-formula posyen asas untuk peningkatan daya rohani, tapi saya telah berjanji untuk tidak menjual formula-formula itu apabila saya memperolehnya daripada pihak lain. Untuk formula-formula saya pula, awak pasti tidak mampu beli…"

"Berapa kristal ajaib yang perlu?" Leylin berpatah hati, tapi masih bertanya.

"Haha! Saya dah tahu yang awak tidak akan berputus asa. 5000 kristal ajaib, dan itupun sebab awak perantis saya!"

"Siii!" Leylin mengambil nafas yang dalam, dan kemudian ketawa dengan kecewa, "Nampaknya saya tidak mempunyai sebarang harapan!"

"Perkembangan formula posyen untuk peningkatan daya rohani perlukan Pakar Posyen untuk mengorbankan beberapa dozen tahun dalam eksperimen yang berterusan, dan perbelanjaannya amat tinggi. Selain itu, memiliki formula yang khusus biasanya akan membantu dalam perkembangan keluarga seorang Pakar Posyen. Oleh itu, ia masuk akal kalau formula-formula posyen ini berharga tinggi."

Mempunyai kuasa boleh mengaut keuntungan yang terbanyak. Leylin mengangguk kepalanya dengan perlahan.

Walau bagaimanapun, ia juga bergantung kepada siapa yang memperoleh formula itu. Kalau ia di tangan seorang pembantu paderi sebalik dari seorang Magus, Leylin juga akan mempunyai niat yang salah. Walau bagaimanapun, Kroft seorang Magus yang rasmi, dan dia mempunyai Akademi Abyssal Bone Forest sebagai sokongan. Lebih-lebih lagi, hubungan dia dengan manusia agak baik; jadi, dia tidak perlu risau.

"Tetapi, kalau awak benar-benar mempunyai matlamat sebegini, awak belum sampai jalan buntu!"

Apabila Leylin sedia untuk beredar dengan kecewa, Kroft berkata.

"Nampaknya saya masih mempunyai peluang!" Leylin berasa semangat dan menunduk.

"Biarpun saya tidak dapat memberi awak formula perkembangan saya tersendiri, saya masih mempunyai beberapa formula-formula posyen daripada Magi kuno, dan saya dapat formula-formula itu ketika penjelajahan pada masa lalu, jadi awak boleh mencubanya!" Kroft berkata dengan perlahan..

"Formula-formula daripada Magi kuno?" Leylin berasa keliru.

"Ya! Magi terdiri daripada golongan yang paling makmur pada zaman dahulu. Bukan sahaja mereka membentuk empayar Byron yang merangkumi beberapa benua, malahan mereka juga menyasar beberapa dunia yang jauh, menakluk tanah yang berbeza satu demi satu!" Muka Kroft kemerahan. Dia seolah-olah mengagumi kegagahan Magi kuno.

"Sungguh kasihan Empayar Byron runtuh pada suatu malam, oleh sebab yang tidak diketahui oleh sesiapa, dan segala legasi Magi kuno telahpun hilang. Kita, sebagai Magi pada zaman kini, hanya bangkit dalam kuasa melalui pengajian beberapa sisa dan dokumen-dokumen yang ditinggal oleh Magi kuno…"

Sedikit demi sedikit, Kroft bercerita mengenai perkara-perkara yang telah berlaku. Maklumat ini tiada dalam buku sejarah di akademi.

"Saya hairan akan kekuatan Magi kuno." Leylin terpesona dan bertanya.

"Formula-formula ini, adakah semuanya rosak?"

"Betul! Awak sangat bijak! Walaupun kesan formula-formula ini baik, kebanyakan bahan-bahan untuk pemprosesannya tidak wujud sekarang. Sekurang-kurangnya, saya tidak menemuinya dalam kehidupan saya sejak 200 tahun ini…"

Kroft berkata dengan tenang, "Walau bagaimanapun, banyak Profesor Posyen yang masih mempunyai minat dalam formula-formula kuno ini kerana mereka ingin mencari formula gantian.

Biarpun mereka mempunyai sebahagian daripada model asal, kesan mereka sangat berguna!"

Semangat Leylin bertambah. Dengan bantuan Cip. A.I., banyak masa dan usaha yang dapat dijimat oleh Leylin ketika pengkajian ini.

Pada dasarnya, dia masih kelihatan suram dan risau. "Jadi… Awak nak saya mencari bahan-bahan gantian?"

"Betul! Pakar Posyen selalunya bergantung kepada inspirasi untuk kejayaan mereka. Terdapat pelbagai jenis posyen yang berkembang dengan keasasan ini. Kalau awak benar-benar inginkannya, awak boleh mencuba nasib! Tapi, kadar kejayaannya amat rendah!"

Muka Kroft malap. Dia teringat kegagalannya yang dahulu.

"Tuan! Saya masih ingin mencuba. Walaupun saya tidak dapat kembangkan formula yang baru, saya masih boleh membaiki kemahiran bancuhan saya!" Leylin mengetap giginya.

"Saya berasa yakin kalau ini keinginan awak!" Kroft mengangguk kepalanya. Selepas mencari almari-almari di belakang, dia jumpa beberapa skrol yang berhabuk.

"Kesemua formula-formula Magi kuno ada di sini."

Apabila Leylin menerima skrol-skrol itu, tangannya menurun. Nampaknya, skrol-skrol tersebut perbuat daripada bahan-bahan yang mempunyai densiti yang tinggi.

Ketika memeriksa kertas formula berwarna hijau, Leylin terkejut melihat bahan-bahan persediaan yang tertulis pada kertas itu.

"Bunga Roh Hantu, Rumput Tujuh Daun… Kantung berbisa seekor Ular Bermuka-Manusia… Rambut hantu yang berdendam…"

Leylin tidak pernah dengar nama-nama bahan yang tersenarai itu. Satu pertiga daripada yang berbaki, merupakan khazanah berharga walaupun untuk seorang Magus, dan melihatnya membuatkan mata Leylin berkelip tanpa henti.

"Bagaimana? Mengejutkan, tidak? Saya mempunyai ekspresi yang sama apabila saya melihatnya buat kali pertama! Tapi, kalau awak menbancuh posyen mengikut bahan-bahan yang tersenarai itu, saya boleh katakan yang ia akan berguna walaupun untuk seorang Magus rasmi!" Kroft tersenyum.

Leylin mengimbas beberapa lagi formula-formula yang lain. Dia cuba mencari sesuatu yang sesuai untuk pembantu paderi tahap 1 dan mempunyai bahan-bahan yang mudah untuk dicari oleh Leylin nanti. Selepas dua jam kemudian, dia berjaya mencari dua formula dengan tipis.

"Saya akan mengambil dua ini, Posyen Azure dan juga Air Mata Mary!"

Kedua-dua posyen ini lebih sesuai untuk keadaan semasa Leylin.

"Okay! Dua formula posyen ini sesuai untuk awak!" Kroft mengangguk kepalanya, "Setiap satu bernilai 150 kristal ajaib, jadi 300 kristal ajaib jumlah keseluruhannya!"

Biarpun ia berkali ganda lebih murah daripada formula posyen untuk peningkatan daya rohani, Leylin masih berasa sakit hati. Dia keluarkan semua kristal ajaib yang ada dalam poketnya, dan kristal ajaib itu menimbun sambil keluarkan bunyi yang bising di hadapan Kroft.

Dalam timbunan ini, terdapat beberapa biji kristal yang mempunyai gelombang tenaga yang lebih kuat. Semua ini ialah kristal ajaib gred-sederhana, dan bernilai sebanyak sepuluh kristal ajaib biasa.

"Sini terdapat 250 kristal ajaib, dan saya akan dagangkan pedang Rumput Bercorak-Ular ini!" Leylin kelihatan berat hati sambil keluarkan sebuah kantung kecil daripada jubahnya. Selepas membukanya, terbaring sebilah pedang rumput berwarna perak. Ia juga mempunyai corak seekor sisik ular di atas permukaannya.

Ia merupakan sesuatu yang dicari oleh Woox atas arahannya selepas tempoh masa yang panjang. Walau bagaimanapun, selepas keluarkan beberapa sifatnya, pedang Rumput Bercorak-Ular ini tidak lagi berguna kepadanya.

"Oh! Rumput Bercorak-Ular. Walaupun ia agak rosak, tetapi ia masih mempunyai sifatnya. Saya dapat agak nilainya sekitar 50 kristal ajaib." Mata Kroft berkilau semasa dia memeriksa pedang rumput perak itu.

"Perdagangan ini selesai! Kedua-dua formula ini kepunyaan awak!" Kroft tersenyum dan mengangguk kepalanya.

Leylin kemudian menyimpan formula-formula itu dan menunduk sambil mengucap selamat tinggal sebelum beredar dari bilik itu.

"300 kristal ajaib! Itu merupakan pendapatan yang telah aku dapat daripada jualan posyen-posyen sepanjang tahun ini! Bahan-bahan untuk kedua-dua posyen ini juga sangat berharga. Aku hanya boleh bergesa dan menuju ke persekitaran luar akademi untuk menjual posyen-posyen yang terkumpul ini sebelum aku boleh menukarnya untuk sumber-sumber eksperimen…"

Leylin berasa sakit hati, Tetapi, peluang kejayaannya melebihi pembantu-pembantu paderi yang lain, dan selain dari menjual posyen di dalam akademi, dia juga berjaya mengumpul pelbagai posyen yang lain. Kalau dia menjualnya di luar kawasan akademi, dia pasti boleh memperoleh kristal ajaib yang banyak!

Sejak memperolehi dua formula posyen itu, fikiran Leylin penuh dengan idea-idea untuk mendapat lebih banyak kristal ajaib dan membancuh posyen.

"Leylin! Leylin!"

Suara seorang gadis kedengaran dan mengganggu Leylin dari renungannya.

"Awak rupanya, Bicky! Maafkan saya, saya sedang berfikir tentang sesuatu!"

Leylin mendekati gadis yang berada di depannya. Selepas tempoh setahun, penampilan Bicky membuat ramai orang terangsang melihatnya, terutamanya sepasang buah dada Bicky yang besar.

"Hmph! Awak juga berkelakuan begini! Serupa dengan Fayle!" Bicky merajuk.

"Haha!" Leylin cuba mengelak diri, "Apa masalahnya, Fayle abaikan awak lagi?"

"Bukan itu! Fayle layan saya dengan baik kebelakangan ini, dan kita juga menjamu selera bersama-sama di dewan makan yang ada di aras dua semalam!" Bicky berkata dengan gembira, "Cuma, dia sedang menumpu perhatian kepada misi akademi, yang mempunyai tulisan merah-darah, dengan sepenuh hati untuk menuntut ganjaran itu!"

"500 kristal ajaib, maklumat gred-tinggi, dan juga model sihir yang lebih baik. Kalau saya bukan seorang pembantu paderi tahap 2, saya pun mahu!" Leylin bergurau.

"Apa yang awak sedang fikirkan tadi?"

"Tiada apa-apa, hanya menjual posyen di dalam akademi tidak memberi keuntungan untuk saya dan saya ingin cuba menjualnya di luar!" Leylin berkata dengan setengah kebenaran.