webnovel

Leylin membawa Kesha dan Freya melihat sekitar Menara Magusnya.

Kesha kekaguman melihat segala-galanya sementara Freya lebih pendiam seolah-olah terdapat sesuatu dalam mindanya.

"Whew... Junior Leylin, saya tarik balik apa saya cakap tadi. Awak bukan sahaja lebih kaya daripada saya, awak lebih kaya daripada Senior Lucian!" Kesha berkata kegembiraan dan berpuas hati. Dia separuh berbaring di atas sofa di ruang tamu itu tanpa mempedulikan kekemasan pakaiannya.

"Pada pendapat saya, Menara Magus Lucian pun mungkin tidak semewah awak punya, Leylin! Tak silap saya hanya segelintir menara di seluruh benua ini semewah menara awak!"

"Senior! Malulah saya! Janganlah cakap begitu!" Leylin ketawa sinis sambil mengangkat tangannya mengaku kalah, "Kenapa awak datang ke sini hari ini?"

Melihat mentornya berbual dengan tetamu, Snoopy menyediakan minuman ringan dan segera berundur, berkelakuan seperti pelayan yang telah dijaga dengan penuh perhatian.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com