Leylin menatap lubang besar di hadapannya itu separa sedar, posisi tangannya masih kekal sama daripada saat dia menggunakan sihir itu.
Apa yang tinggal daripada pintu astral di hadapannya itu adalah runtuhan-runtuhan. Arus elektrik dan radiasi yang menakutkan masih ada di beberapa tempat tetapi dengan petunjuk Cip A.I., kedua-dua arus elektrik dan radiasi itu dengan pantas diasing dan dipadamkan.
Walaupun letupan pintu astral itu berbahaya, tahap bahaya itu bergantung pada individu yang menghadapinya juga. Gelombang-gelombang sesat daripada letupan itu tidak memberi kesan langsung kepada Leylin memandangkan Sisik Kemoyin miliknya telah diperkuatkan ke pangkat 5. Malah kawasan di sekelilingnya pun selamat daripada letupan itu.
Walaupun begitu, kemusnahan pintu astral serta kehilangan koordinat menyebabkan Leylin sakit hati.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com