webnovel

"Kau tidak baca notis itu? Kalau kau bukan pembantu paderi tahap 3, keluar dari kawasan akademi seolah-olah membuang nyawa kau!"

Neela muncul dari belakang Kaliweir sambil berkata.

"Kau sudah pulang?" Leylin bertanya.

"Ya! Ini ganjaran untuk misi yang kita telah selesaikan. 15 kristal ajaib!" Kaliweir membuka beg kantung yang mempunyai 15 kristal ajaib itu.

"Berdasarkan persetujuan kita, setiap seorang akan mendapat 3 biji kristal ajaib!" Kaliweir membahagi kristal ajaib itu dan membuka sebuah karung berwarna hitam. Ia dipenuhi dengan kuku-kuku Burung Gagak Bermata-Merah serta bulu-bulu, biji mata dan pelbagai bahan yang lain.

"Terdapat juga barang ini! Hanya dua kuku Burung Gagak Bermata-Merah yang bernilai. Setiap satu bernilai 1 kristal ajaib. Bagi bahan-bahan yang lain, berharga sebanyak 15 kristal ajaib secara kasar kesemuanya! Adakah kamu semua mempunyai sebarang soalan? Kalau tidak, kita akan bahagi sama rata!"

Kuku Burung Gagak Bermata-Merah merupakan bukti untuk menunjuk misi yang diambil oleh mereka telah selesai. Selepas pengesahan, pembantu-pembantu paderi boleh menyimpan kuku-kuku itu, dan mereka boleh menjual untuk mendapat keuntungan.

"Aku tidak mempunyai sebarang masalah!" Leylin tersenyum. Kali ini, dia hanya ingin mendapat pengalaman dan tidak begitu cerewet dengan jumlah kristal ajaib yang mereka dapat.

Kali ini, ia amat memuaskan, memperoleh 30 kristal ajaib sekali gus. Bagaimanapun, misi ini juga mempunyai perbelanjaan yang perlu diambil kira oleh mereka – Neela dan Lilisse telah guna posyen pencepatan, dan Kaliweir guna biji daripada Rumput Nimble. Bagi Leylin pula, dia terpaksa guna posyen letupan, posyen hemostasis, dan posyen kekuatan. Kesemua perbelanjaan ini berjumlah lebih daripada 3 kristal ajaib.

Secara keseluruhan, misi ini tetap gagal pada pandangan mereka dan kurang memuaskan kepada Leylin kerana dia boleh memperolehi keuntungan yang banyak daripada penjualan posyennya.

Memandangkan Leylin bersetuju, Neela, Lilisse, dan Raynor hanya boleh mengangguk kepala mereka.

"Untuk misi ini, Leylin, kau yang paling banyak berkorban. Kalau kau tiada, kita sudah lama kehilangan nyawa, jadi ia tidak menjadi masalah untuk kau mengambil lebih sedikit!" Kaliweir berkata dengan ikhlas, dan nampaknya dia telah membuat keputusan sebegitu sejak lama lagi.

"Aku tidak perlukan keuntungan lebih!" Leylin tersenyum dan mengutip dua kuku Burung Gagak Bermata-Merah serta beberapa bahan daripada beg itu. Selepas menganggar barang-barang yang diambil olehnya bernilai 6 kristal ajaib, dia berhenti.

"Ini semua sudah mencukupi untuk aku."

"Baik, maka kita akan bahagikan barang-barang ini sekali lagi…" Kaliweir teragak-agak, tapi Lilisse dan Raynor jelas nampak gembira.

Kesemua mereka, lebih kurang, terdapat kecederaan pada tubuh masing-masing. Ia seolah-olah sesuatu perkara telah berlaku di akademi kebelakangan ini, dan menerima misi tidak lagi menjadi suatu kemungkinan jika ternyata berbahaya. Pasukan itu saling bertukar maklumat hubungan dan meninggalkan kawasan misi.

Kaliweir yang beredar dahulu. Pada masa ini, bulu hitam sudah pun menumbuh sampai ke pehanya, kakinya kelihatan seperti seekor gorilla, dan dia tergesa-gesa mencari bantuan.

"Selamat tinggal!" Ucap Lilisse dan Raynor.

"Bolehkah kau beritahu aku nombor bilik kau?" Neela mendekati Leylin sambil berbisik ke telinganya.

Angin hangat ditiup oleh Neela ke telinga Leylin dan dia berasa sedikit geli.

"Aku tidak berminat pada masa ini! Mungkin lain kali!" Leylin menolak. Sekarang, badan dia masih berasa sakit, jadi mana mungkin dia mempunyai minat terhadap Neela?

"Okay! Aku tunggu!" Neela ketawa dengan penuh godaan dan memberi ciuman di pipinya, sebelum larikan diri dengan pantas.

Leylin menggeleng kepala dan pulang ke biliknya.

Sewaktu dia membuka pintu bilik, dia nampak semua benda yang ada di dalam itu kekal sama seperti sebelum dan dia berasa selamat.

"Misi ini tidak sampai satu bulan pun, jadi kenapa aku rasa macam lama sangat?"

Leylin menutup pintu, meletak pedang salib, kantung, dan barang-barang lain di tepi sebelum baring di atas katil.

Dia berehat di atas katil empuknya sambil menikmati keselesaan itu.

"Cip A.I.! Tunjukkan statistik semasa saya!"

[Beep! Leylin Farlier, pembantu paderi tahap 2, Satria. Kekuatan: 2.5, Ketangkasan: 2.7, Daya Tahan: 3.0, Kuasa rohani: 4.2, Kuasa sihir: 4.0, Status: Sihat]

Terdapat peningkatan secara keseluruhannya; Kekuatan, Ketangkasan dan Daya Tahan dia telah meningkat sebanyak 0.3, sementara daya rohani dia meningkat sebanyak 0.1.

"Selepas maju menjadi Satria yang tulen, keseluruhan statistik aku telah meningkat. Bagi daya rohani aku pula, ia terhasil selepas meditasi secara berterusan selama sebulan."

Leylin memandang imej 3D dia, "Cip A.I., kirakan kadar tenaga jiwa dalaman di badan aku yang telah memberi peningkatan dalam statistik aku."

Selepas seorang Satria meningkat tenaga jiwa dalaman mereka, mereka boleh tingkatkan statistik mereka untuk sementara waktu. Tapi, statistik Leylin sudahpun meningkat dengan banyak melalui meditasi, jadi kesannya mungkin kurang sedikit.

[Menubuhkan tugas, pengiraan sedang dalam proses…]

[Beep! Simulasi tamat. Peningkatan jangkaan dalam status tuan badan: Kekuatan: 0.6, Ketangkasan: 0.3, Daya Tahan: 0.1!] Suara Cip A. I. berbunyi.

"Kalau statistik aku berada pada 1.9 seperti manusia biasa, tenaga jiwa dalaman aku mungkin boleh membantu dalam peningkatan keseluruhan statistik aku sekurang-kurangnya kepada 1. Tapi, pengasasan semasa aku terlalu tinggi, ia akan menjadi lebih sukar untuk meningkatnya!"

Leylin beralasan.

"Keluarga Farlier hanya keturunan Satria yang baru terbentuk. Mereka tidak mempunyai pengamalan kaedah-kaedah latihan secara turun-temurun untuk seseorang yang menjadi Satria, jadi aku tidak mempunyai sebarang idea untuk maju menjadi Satria Agung."

Walaupun terdapat maklumat mengenai aspek sebegini di akademi, kebolehan seorang Satria tidak sehebat seorang Magi, jadi aku boleh abaikan matlamat ini buat masa ini!"

Sejak dia memasuki akademi ini, Leylin telah mencurah semua masa dan usahanya untuk kajian Magus dan menangguh latihannya untuk menjadi seorang Satria.

Satria Agung pada akhirnya hanya akan menjadi pengikut atau pembantu kepada Magus rasmi. Selain itu, perjalanan seorang Satria akan berhenti selepas menjadi seorang Satria Agung. Bagi seorang Magi, mereka boleh sentiasa maju, jadi Leylin secara logik akan memilih jalan yang mempunyai harapan yang lebih baik.

"Selain maju menjadi seorang Satria, peta ini merupakan satu-satunya yang akan memberi manfaat untuk perjalanan aku di luar buat masa ini."

Leylin menayang sebuah imej peta yang besar.

Garisan biru yang halus membentuk lingkaran asas Akademi Abyssal Bone Forest serta sekelilingnya. Ia lebih terperinci daripada peta yang Kaliweir ada.

Di atas peta ini, jalan yang telah diambil oleh Leylin dan pasukannya ialah paling selamat. Lebih-lebih lagi, kawasan di mana terdapat Cendawan Bermuka Labah-Labah yang dijumpai bertanda sebagai kawasan berbahaya.

Peta ini terbentuk melalui penjelajahannya sendiri, pengimbasan daripada Cip. A.I., dan juga peta yang Kaliweir ada.

Ia masih mengandungi kesilapan. Tapi peta ini agak terperinci berbanding peta para pembantu paderi lain. Dia boleh mendapat sekurang-kurangnya 2 kristal ajaib jikalau dia menjualnya.

Di tengah-tengah peta itu, perkataan hijau menunjuk lokasi Akademi Abyssal Bone Forest.

"Dari peta ini, Akademi Abyssal Bone Forest terletak di kawasan terpencil sepanjang pantai selatan. Terma lebih tepat ialah kawasan luar bandar."

"Lebih-lebih lagi, dengan Akademi Abyssal Bone Forest berada di tengah-tengah, Lautan Kematian terletak di arah selatan. Melihat ke arah utara, ia merupakan Gunung Plains Despairs; Arah barat pula ada Pondok Sage Gotham; dan akhirnya, Kerajaan Poolfield berada di arah timur.

Kawasan utara dan selatan merupakan kawasan larangan, di mana banyak makhluk-makhluk bahaya bertempat di situ. Ada yang mempunyai keturunan yang berbeza, manakala ada yang telah tercemar. Mereka juga dirasuk oleh roh jahat yang penuh kerungutan. Mana-mana pembantu paderi yang melangkah masuk ke kawasan tersebut akan kehilangan nyawa.

"Pondok Sage Gotham pula, ia merupakan puak Magi yang lain. Aku dengar ada perselisihan faham antara Pondok Sage Gotham dan Akademi Abyssal Bone Forest, jadi aku pun tidak boleh pergi ke sana."

"Hanya tinggal satu kawasan yang boleh dijelajah oleh pembantu-pembantu paderi iaitu Kerajaan Poolfield."

Leylin berfikir tanpa hirau. Puak-puak di dalam dunia ini serupa dengan orang Jepun pada masa Perang Dunia dahulu, di mana pelbagai puak terbahagi mengikut daerah mereka dan menguasai pelbagai kerajaan itu secara sulit.

Dalam kerajaan-kerajaan ini, keturunan Magi terdiri daripada keluarga diraja ataupun keluarga atasan. Satria pula kebanyakan terdiri daripada keturunan keluarga yang kaya.

"Dengan mengikut pangkat sosial mereka, Magi seolah-olah pemerintah feudal kepada daerah yang berperang dan Satria akan menjadi pahlawan dan askar akan berkhidmat untuk mereka. Lebih-lebih lagi, mereka tidak mempunyai kedaulatan yang memerintah mereka secara keseluruhan; Terdapat banyak kerajaan kecil seolah-olah bintang-bintang di langit, yang berjuang semata-mata untuk manfaat sendiri di era yang huru-hara."

"Terdapat beberapa keluarga Magi yang menyokong Kerajaan Poolfield secara sulit. Kerajaan ini mempunyai 19 wilayah. Setiap kawasannya luas, yang mengandungi banyak keluarga Magi yang kecil, Magi yang berkeliaran, dan pengembara yang tinggal di sana. Mereka pasti tidak akan datang ke Akademi Abyssal Bone Forest untuk berdagang, jadi ia patut mempunyai pasar-pasar kecil di sana. Aku akan cuba sembunyikan identiti aku dan menjual posyen aku di sana!"

Kemahiran Posyen Leylin hanya sederhana, tapi dengan bantuan Cip A.I., kadar kejayaan bancuhan dia telah melepasi seniornya, Merlin dan mampu mencapai tahap kehebatan mentornya, Kroft. Tetapi, kesemua ini harus menjadi rahsia. Dengan ini, Leylin tidak berani menjual posyennya dengan banyak di dalam akademi.

Tetapi, apabila dia maju menjadi pembantu paderi tahap 3 nanti, dia pasti menemui kesesakan. Tanpa sumber yang banyak, seseorang itu hanya boleh maju dengan perlahan.

Malahan pembantu paderi gred lima perlukan tempoh masa selama 3 tahun untuk maju menjadi pembantu paderi tahap 3 tanpa sebarang sumber.

Leylin hanya seorang pembantu paderi gred-tiga yang biasa, dan hanya bergantung kepada pendapatan yang serba sedikit. Untuk memenuhi kelayakan pemajuan, siapa yang tahu berapa lama yang dia perlu tunggu.

"Cip A.I.! Sediakan syarat-syarat yang aku perlu untuk maju menjadi pembantu paderi tahap 3!"

[Prasyarat untuk pembantu paderi tahap 3: Kuasa rohani: 7, penguasaan dalam sekurang-kurangnya 3 modal sihir, 500 gram Eliksir Reaktif untuk membantu dalam kemajuan.]

"Ia mudah untuk belajar 3 model sihir, tapi untuk memperoleh Elixir Reaktif itu yang akan menjadi masalah. Aku perlukan sekurang-kurangnya 500 kristal ajaib!"

Ekspresi Leylin amat serius. Sebagai pembantu paderi Posyen, dia secara semula jadi tahu apa itu Elixir Reaktif. Posyen ini tidak serupa posyen permulaan seperti posyen kekuatan ataupun posyen hemostasis. Tetapi, mereka perlu seseorang yang telah mencapai tahap asas Posyen. Ada yang berkebolehan untuk meningkat daya rohani, daya tahan, atau posyen yang boleh memperkukuh rune minda dengan drastik. Ia mempunyai kadar permintaan yang tinggi.

"500 kristal ajaib agak banyak. Tapi, selepas aku mahir teknik Posyen permulaan daripada Mentor Kroft, aku boleh mula berlatih dengan posyen asas. Dengan ini, aku hanya perlu membeli bahan-bahan yang bernilai 100 kristal ajaib untuk membuat posyen sendiri."

"Ia perkara yang penting untuk meningkat daya rohani saya ke 7!"

Leylin berfikir secara mendalam, "Cip A.I.! Berdasarkan statistik semasa aku, berapa tempoh masa yang perlu untuk memenuhi prasyarat-prasyarat melalui meditasi?"

[Mengguna kuasa rohani tuan badan sebagai asas, simulasi sedang dalam proses!]

[Beep! Simulasi telah selesai. Anggaran masa yang diperlukan: 8 Tahun 6 Bulan dan 15 Hari!]

Cip A.I. menjawab tanpa sebarang emosi.

"Begitu lama?" Muka Leylin bertukar pucat, "Apa masalahnya? Ia hanya mengambil aku lebih setahun untuk meningkat kekuatan rohani saya daripada seorang manusia biasa ke 4.2…"

[Tuan badan telah memperolehi rintangan terhadap meditasi, menukar kepada teknik meditasi yang lebih tinggi disyorkan. Pilihan lain ialah untuk mencari bahan-bahan yang sesuai untuk meningkatkan kesan meditasi!] Cip A. I. memprojeksikan skrin dengan pelbagai data dan hasilnya.