webnovel

Kemajuan Seorang Satria

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas Kaliweir selesai bercakap, dia mengeluarkan satu bahan seperti serbuk berwarna hitam daripada jubahnya dan tabur pada kakinya. Dia secara tiba-tiba kelihatan lebih tinggi dan selepas penelitian, nampaknya bukan sahaja tingginya meningkat, tetapi terdapat serumpun bulu berwarna hitam turut tumbuh daripada tapak kasutnya.

Dengan bulu berwarna hitam itu, kelajuan Kaliweir meningkat secara mendadak dan dia hilang dari hutan itu hanya dengan beberapa langkah sahaja, dengan kelajuan yang lebih pantas daripada Raynor.

"Benih daripada daun Rumput Lincah? Nampaknya Kaliweir menggunakannya untuk melindungi nyawanya, tetapi kesan daripada benih ini bukan kecil!"

Leylin mengomel, melihat ke arah dua perempuan di sisinya, "Agak memalukan untuk berkata begini, tetapi lebih baik jika kita berpecah!"

"Sejak kita pilih untuk keluar ke sini dan mengambil risiko-risiko sedemikian, kita seharusnya bersedia untuk kehilangan nyawa! Secara jujurnya, hakikatnya awak mampu untuk berada di belakang dua lelaki itu sudah memberi kejutan kepada kami!"

Neela berkata sambil mengeluarkan satu posyen berwarna hijau di dalam satu tabung uji dan melemparkan ke tanah. Satu taufan berwarna hijau terbentuk dan mengelubungi Neela dan Lilisse di tengah-tengahnya.

"Jumpa awak di akademi!" Diselubungi puting beliung berwarna hijau itu, kedua-dua perempuan itu hilang daripada penglihatan Leylin.

"Semua orang ada muslihat rahsia tersendiri, huh?" Leylin tersenyum, menggerakkan kakinya dan hilang dari hutan itu.

Sekelip mata, kelima -lima orang itu mula berpecah, dengan setiap seorang mempunyai kaedah-kaedah tersendiri untuk lari dari peristiwa itu.

Jejak langkah Leylin tidak terhenti-henti, dan pokok-pokok di sebelah kanan dan kirinya hilang daripada pandangan sebaik sahaja dia memecut ke hadapan.

"Kuasa serangan Beruang Bukit Yang Ganas itu sangat tinggi, manakala kelajuannya hanya sederhana. Di antara lima orang itu, Kaliweir menggunakan Rumput Lincah, manakala Neela dan Lilisse menggunakan posyen peningkatan kelajuan. Manakala aku pula, aku mempunyai kekuatan seorang Satria, sebab itu kelajuan aku agak bagus. Tetapi, Raynor, yang pertama melarikan diri, ialah yang paling perlahan antara kami berlima dan sedang dalam bahaya. Jika dia tidak menyediakan apa-apa muslihat rahsia, kemungkinan besar dia akan mati di sini."

"Aku pasti mampu untuk melarikan diri daripada tapak pemburuan Beruang Bukit Yang Ganas bersama-sama dengan Raynor sebagai umpan, jadi aku tidak perlu guna posyen ini dulu!"

Sebagai seorang Pakar Posyen, Leylin masih kaya walaupun tidak mampu menjual apa-apa barangnya secara pukal. Kebiasaannya, dia menyediakan beberapa muslihat rahsia yang boleh melindungi nyawanya, jika tidak, dia tidak yakin untuk pergi ke luar untuk berlatih.

Setiap langkah yang diambil olehnya sangat sempurna, setiap pergerakan dan tindakannya bersatu dengan hutan itu dan tidak menerima sebarang halangan daripada dahan-dahan dan pokok-pokok menjalar, tindakan-tindakannya sangat lancar seperti air yang mengalir. Kelajuannya agak sama seperti Kaliweir yang telah menggunakan Rumput Lincah.

"Groarrr!" Satu ngauman yang bengis kedengaran.

Secara tiba-tiba, satu badan berwarna hitam muncul di hadapan Leylin, dan mempunyai tapak tangan beruang yang besar.

"Mustahil! Bagaimana ia boleh melencong untuk berada di hadapanku? Adakah Raynor tidak berjaya menarik perhatiannya?"

Sangat terkejut, badan Leylin memberi reaksi, tindakan refleks latihannya menyebabkan dirinya mengeluarkan pedang salibnya dan mula membelah di hadapannya.

*Clang!* Leylin bergegas menggunakan hentakan yang kuat mengalir daripada pedang salibnya untuk memusingkan badannya dan keluar daripada jarak serangan tapak tangan beruang itu. Dia tidak mempunyai genggaman yang bagus pada pedang salibnya, dan ini menyebabkan pedang itu terlepas daripada tangannya.

*Bang!*

Ketika ini, Leylin tidak teragak-agak untuk melempar satu posyen api merah pada Beruang Bukit Yang Ganas itu.

Sebaik sahaja tabung uji itu meletup, api merah yang sangat panas tiba-tiba menyelubungi Beruang Bukit Yang Ganas itu.

Leylin tidak berdiri di situ melihat adegan itu. Sebaliknya, dia terus pusing ke belakang dan lari.

"Walaupun kuasa posyen letupan agak bagus, mengikut perbandingan dengan sihir sederhana pangkat 0, tetapi, ia masih kekurangan kuasa untuk menembusi kulit Beruang Bukit Yang Ganas yang tebal itu.

"Groarrr!" Ngauman Beruang Bukit Yang Ganas itu kedengaran dari belakang, dan nampaknya dia makin dekat dengan Leylin.

Leylin pusing ke belakang untuk melihat, dan matanya terbeliak, "Ini tidak logik!"

Dia lihat kepala Beruang Bukit Yang Ganas itu sedikit terbakar, tetapi keseluruhan badannya tidak mengalami apa-apa kecederaan. Posyen letupan itu nampaknya tidak memberi apa-apa kesan selain membuatkan Beruang Bukit Yang Ganas itu lebih marah.

Badan Beruang Bukit Yang Ganas yang sangat besar itu kelihatan ringan seperti bulu pelepah dan tidak menghalang kelajuannya walaupun sedikit, membenarkan dirinya mengekori Leylin.

"Cip A.I.! Catat bacaan!"

Leylin memberikan arahan, tetapi Cip A.I. tidak membalasnya walaupun selepas setengah hari dan hanya suara statik samar-samar kedengaran.

"Cip A.I.! Cip A.I.!" Leylin memanggilnya sekali lagi, tetapi ia tidak muncul.

"Celaka, apa yang berlaku ini sebenarnya?"

Wajah Leylin menunjukkan kekecewaan. Cip A.I. adalah muslihat rahsianya yang paling hebat di dunia ini. Tiba-tiba kehilangannya membuat dirinya sedikit gila.

*Thwack!* Beruang Bukit Yang Ganas itu dapat mengejar Leylin sekali lagi, dan ia menampar dengan tapak tangannya seolah-olah seperti sedang menampar seekor nyamuk.

"Tangan Umbra!" Leylin cepat-cepat menjampi dan satu tangan berwarna hitam muncul daripada bayangan Beruang Bukit Yang Ganas itu, kukuh memegang tapak tangan beruang itu.

Ngauman beruang besar itu tidak berhenti tetapi masih tidak berjaya lepas daripada Tangan Umbra.

Melihat peluang ini, Leylin bergegas lari. "Efek Tangan Umbra hanya mampu bertahan untuk beberapa saat lagi! Aku kena cepat!"

Leylin berlari dengan sengsara.

"Celaka!" Leylin merungut lagi sekali, "Apa yang berlaku ini? Kekuatan Beruang Bukit Yang Ganas ini lebih kuat daripada yang disangkakan, dan dia mempunyai kelajuan yang pantas juga!"

Di dalam hutan berwarna hitam itu, rumput dan semak bertiup dalam angin yang kuat itu dan sekali-sekala suara serangga kedengaran dari semasa ke semasa.

"Akhirnya, aku berjaya melarikan diri!" Leylin lari untuk beberapa belas minit sebelum berani untuk pusing ke belakang dan lihat. Hutan yang gelap itu menyerupai mulut binatang yang besar, yang tak sabar untuk menelan keseluruhan dirinya.

"Caw! Caw!" Leylin baru sahaja dapat bernafas, kedengaran suara beberapa burung gagak yang keji dan menjijikkan di langit.

Leylin mengangkat kepalanya dan melihat. Terdapat beberapa burung gagak yang lebih besar daripada Burung Gagak Mata Merah awal tadi. Tambahan pula, terdapat tiga ekor! Sebaik sahaja mereka melihat Leylin, mereka terbang ke arahnya dengan segera.

"Pedang salibku telah hilang dan daya rohaniku serta Kuasa Ajaib aku juga hampir habis. Adakah aku akan mati di sini hari ini?"

Satu firasat dan perasaan yang malang bangkit dalam hati Leylin.

Satu cakar berwarna hitam cuba untuk mencakar dirinya, dan Leylin dengan cepat cuba untuk mengelak cakaran itu. Walaupun dengan percubaannya itu, cakar burung gagak itu berjaya melukainya dan muncul tiga luka kesan cakaran itu di belakangnya.

Sakit yang melampau itu menyebabkan penglihatan Leylin terganggu, "Tidak! Aku tak mahu mati! Aku belum berjaya menjadi seorang Magus lagi! Atau melihat keseluruhan dunia lagi! Bagaimana aku boleh mati begitu sahaja di sini!"

Sebaik sahaja dia terjatuh di tanah, Leylin mengutip satu batu berwarna hijau di belakangnya.

"Ha!" Sambil melompat untuk bangun, dia menghentak kepala Burung Gagak Mata Merah itu dengan ganasnya!

*Bang!* Kali ini, Leylin menggunakan keseluruhan tenaganya, dan Burung Gagak Mata Merah itu terhuyung-hayang sebelum jatuh ke tanah.

"Caw! Caw!" Laungan kemarahan kedengaran di langit. Melihat rakannya mati begitu, dua Burung Gagak Mata Merah itu segera berteriak dan terbang ke bawah untuk membalas dendam.

"Mari!" Leylin menurunkan dirinya, menyediakan posisi badannya, seperti seekor harimau bintang yang bersedia untuk menerkam mangsanya.

Setiap arteri badannya mengembang dengan cepatnya, dan darahnya berterusan melonjak, mengedarkan amaun tenaga yang besar ke pelbagai bahagian badannya. Satu arus yang hangat perlahan-lahan meningkat pada bahagian bawah perutnya, dan luka di belakangnya tidak lagi kelihatan menyakitkan.

"Mati!" Leylin menjerit, dan membaling batu di tangannya dengan ganas. Kali ini, nampaknya dia telah gunakan seluruh tenaganya, dan kehangatan dalam badannya berterusan memberi tindak balas kepadanya. Batu itu mengeluarkan satu bunyi berdesing yang kuat dan kena salah satu Burung Gagak Mata Merah itu dengan tepat.

"Ini ialah… Tenaga Hidup Dalaman!" Leylin agak terkejut. Dia telah lama layak sebagai salah seorang Satria Persediaan. Tambahan pula, dia sentiasa bermeditasi, jadi dia agak hampir sama dengan Satria sebenar. Walau bagaimanapun, dia belum boleh menyemarakkan tenaga hidup dalamannya sehingga sekarang, dan dia tidak jangka dia akan memecah rintangan itu pada situasi seperti sekarang.

Ketika itu, arus hangat di bahagian bawah perutnya itu beralih ke kedua-dua matanya, dan satu kesakitan yang tajam di matanya itu menyebabkan matanya berair.

Apabila dia membuka matanya, penglihatannya sangat kabur, seperti dia diselubungi oleh kabus. Walau bagaimanapun, perkataan-perkataan biru yang samar oleh Cip A.I. akhirnya muncul kembali.

[Beep! Tuan badan menderita daripada efek yang tidak diketahui… Keabnormalan berlaku di dalam keadaan semasa!]

[Tuan… Tuan badan sedang berhalusinasi!]

Skrin Cip A.I. yang terpampang itu terputus-putus seolah-olah mengalami gangguan yang kuat.

"Halusinasi!" Leylin terkejut. Ketika itu, Burung Gagak Mata Merah yang lagi seekor itu telah terbang betul-betul di hadapannya. Di belakangnya, terdapat satu ngauman yang penuh dengan niat membunuh dari hutan dan satu tapak tangan beruang yang besar menyerang Leylin dengan satu cakaran sauk.

Menghadapi serangan yang menempah maut, Leylin mengetap giginya dan menutup kedua-dua matanya.

Cakaran-cakaran tajam itu menusuk badannya dan dia merasakan satu kesakitan yang besar. Walau bagaimanapun, ia tidak sesakit yang dijangkakan, dan badan Leylin tidak tumbang.

"Begini rasanya, huh?" Bibir Leylin bergulung ke atas.

"Cip A.I.! Tunjukkan keadaan terkini aku!"

Paparan Cip A.I. mula muncul dengan nyata di dalam kegelapan itu.

Garis-garis berwarna merah itu memberi amaran berkenaan status luar biasa yang sangat ketara, tetapi Leylin tidak menyedarinya sebelum ini.

[Beep! Pengesanan berakhir! Tuan badan telah menyedut partikel gas halusinasi yang kuat dan halus! Kesemua lima deria terjejas! Mengusir atau tidak?]

"Mulakan pengusiran sekarang juga!" Leylin memberi arahan.

[Beep! Tenaga simpanan telah digunakan, pengusiran dalam proses!]

Cip A.I. memaklumkan pengusiran itu telah selesai, dan ketika itu baru Leylin membuka matanya.

Ketika ini, dia berada di dalam semak, dan Beruang Bukit Yang Ganas dan Burung Gagak Mata Merah itu lenyap tanpa sebarang kesan.

Terdapat beberapa luka di badannya akibat daripada duri-duri di dalam semak itu, dan darah menitis daripada luka-luka itu. Walau bagaimanapun, tiada kesan parut luka di belakangnya.

"Nampaknya ia betul-betul ilusi. Apa yang aku nampak tadi merupakan artifisial kesemuanya!"

Leylin melihat sekelilingnya sekali lagi. Di sebelah kirinya, terdapat satu pokok telah tumbang, dan terdapat kesan-kesan terbakar di sekelilingnya.

"Walaupun apa yang aku nampak tadi adalah palsu, reaksi aku memang nyata. Posyen letupan dan Tangan Umbra membinasakan pokok itu, dan nampaknya aku telah tersalah anggap pokok itu adalah Beruang Bukit Yang Ganas!"

Leylin berasa sedikit menyesal. Kos posyen letupan itu berharga beberapa kristal ajaib, dan dia telah membelanjakan amaun yang banyak sebelum beli formula dan bahan-bahan daripada Woox. Tetapi sekarang, dia telah menggunakannya terhadap satu pokok.

"Walau bagaimanapun, ia bukan tidak memberi aku apa-apa manfaat." Leylin melihat paparan yang ditunjuk oleh Cip A.I. awal tadi.

[Perembesan adrenalin di dalam tubuh badan Tuan Badan telah meningkat dengan cepat, pengaliran darah telah meningkat sebanyak 58%]

[Tuan Badan telah menyemarakkan tenaga hidup dalaman dan menembusi batasan seorang Satria]

"Ia mungkin ilusi dari awal, tetapi menyemarakkan tenaga hidup dalaman aku dan maju menjadi Satria adalah betul!"

"Oleh kerana kemajuan aku menjadi seorang Satria ini menyebabkan aku sedar terdapat sesuatu tidak kena, jika tidak, aku akan mati begitu sahaja!"

Leylin sedikit takut, "Cip A.I.! Rekod status aku alami awal tadi ketika aku maju menjadi seorang Satria!"

[Beep! Rekod telah selesai, nama: Keadaan untuk maju menjadi seorang Satria]

Keadaan ini mungkin kunci untuk menyemarakkan tenaga hidup dalaman! Tetapi ia kelihatan sama dengan kuasa-kuasa ajaib daripada dunia aku sebelum ini? Ia sesuatu yang sangat tidak wajar!"

Leylin berasa curiga. Kaedah kemajuan Satria ini sangat berbahaya. Kebanyakan situasi memerlukan tuah, jika tidak, perembesan adrenalin yang berlebihan, boleh menyebabkan potensi keracunan sehingga maut.