"Duke Gilbert telah memberitahu saya secara terperinci tentang bahaya yang berkaitan pintu astral!" Leylin senyum tetapi ekspresinya tegas seperti biasa.
"Tetapi jika kita tidak berkomunikasi dengan dunia lain dan memperoleh ilmu pengetahuan dan sumber-sumber unik mereka, bagaimana kita akan maju? Saya bersedia buat apa-apa sahaja untuk ilmu pengetahuan!" Para Magi menginginkan kebenaran lebih daripada manusia dan makhluk lain.
Selepas melihat ekspresi Leylin, Robin mengeluh panjang, "Kalau begitu, sediakan alat perlindungan yang telah ditetapkan dan hafal sihir melarikan diri..."
Makmal bawah tanah Gilbert terletak di teras daerah itu.
Contengan-contengan rune dan grafik yang terperinci dan kompleks menghiasi keempat-empat dinding itu. Leylin hanya perlu melihat buat seketika untuk mengetahui terdapat beberapa rune tahap tinggi yang belum pernah dilihatnya.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com