webnovel

Bandar Batu Kelabu

Editor: EndlessFantasy Translation

Leylin tidak sedar yang ada orang telah membuat rancangan untuk membunuhnya. Oleh itu, dia terus memacu kereta kuda dan bergerak dengan cepat.

Masuk hari kelima, Leylin menghela nafas lega apabila dia ternampak jejak aktiviti manusia di persekitarannya. 

Walaupun Magi secara umumnya melihat para pembantu paderi sama seperti manusia melihat semut, sebenarnya semua pembantu paderi ini terdiri daripada manusia biasa juga.

Walaupun eksperimen terhadap manusia berleluasa tanpa izin, terutamanya di Akademi Abyssal Bone Forest, ahli-ahli Magi tetap memilih untuk tinggal berjauhan dari komuniti manusia yang besar. Perkara ini telah menghalang penambahan manusia sebagai mangsa dan mengurangkan penghasutan kemurkaan para Magi.

"Saya boleh berehat apabila saya sampai di bandar yang tidak jauh dari sini!" Setelah menghadapi perjalanan selama 5 hari yang berterusan, Leylin dan kudanya sangat letih.

Sekarang, Leylin kurangkan kelajuan kereta kudanya dan melihat persekitaran. 

Terdapat ladang-ladang yang gembur di kiri kanan Leylin dan sebuah kincir angin gergasi tidak jauh dari kedudukannya.

Terdapat juga arus sungai yang bersih mengalir di sekeliling ladang-ladang ini di mana beberapa spesies ikan yang pelik turut berenang-renang di dalam sungai itu.

Tiba-tiba, Leylin berasa tenang melihat pemandangan itu.

"Ketenangan! Dunia manusia yang aman! Sudah lama saya tidak merasa situasi sebegini…

"Menurut peta, bandar terdekat seharusnya Bandar Batu Kelabu!" Leylin memandang penunjuk pada peta yang disedia oleh Cip A.I. dalam fikirannya. 

"Tempat ini masih berdekatan dengan akademi. Kemungkinan besar terdapat titik perhimpunan untuk Magi di kawasan yang berdekatan tetapi ia masih kelihatan terlalu bahaya untuk menjual posyen atau bertanya mengenai berita terkini di kawasan ini."

"Lagipun, saya masih berasa kurang tenang!" Kening Leylin berkerut sambil melihat belakang.

"Adakah pihak musuh akan membiarkan saya pergi dengan begitu sahaja setelah saya membunuh syaitan pokok gergasi itu?"

[Bip! Analisa Sihir Penjelmaan selesai!]

Suara Cip A.I. kedengaran di dalam fikiran dia ketika itu.

"Ia hebat!" Wujud lirikan senyuman di muka Leylin. Dengan tergesa-gesa, dia membaca pengenalan Sihir Penjelmaan.

[Sihir Penjelmaan: sihir pangkat 0. Kesan: Keupayaan pengubahan yang kecil pada otot-otot muka untuk jangka masa yang panjang. Penggunaan: 1 kuasa rohani, 1 kuasa sihir untuk sehari]

Ini sihir pangkat 0 yang Leylin pilih secara spesifik untuk penyembunyian identiti.

'Bolehkah ia mengubah penampilan luar sahaja?' Leylin bergumam kepada dirinya sendiri. Kebanyakan Magi dapat mengenali identiti seseorang melalui gelombang tenaga yang dipancar oleh kekuatan rohani mereka dan ada yang dapat mencerap gelombang tenaga itu ke dalam jiwa mereka. Sudah tentu, orang-orang ini terdiri daripada Magi rasmi. Sekarang ini, kemungkinan besar saya tidak akan bertemu dengan mereka."

"Cip A.I.! Adakah mungkin untuk mengoptimum kesan Sihir Penjelmaan dan tingkatkan penyembunyian gelombang tenaga dari kekuatan rohani?"

Leylin bertanya.

Bip! Membentuk tugas penyembunyian gelombang tenaga kuasa rohani, analisa permulaan…] 

Beberapa saat kemudian, Cip A.I. berbunyi memberi tanda jawapan kepada soalan Leylin. [Boleh membuat pengoptimuman. Perlu 7 mata kuasa rohani. Jangka masa untuk selesai: 14 hari 5 jam. Keperluan data tambahan: Kajian Penyelidikan Roh, Rune-rune Berselubung.]

"7 mata kuasa rohani? Saya boleh capai itu dalam beberapa tahun. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai Kajian Penyelidikan Jiwa dan Rune Kegelapan tidak mudah untuk saya peroleh!"

Penyelidikan mengenai jiwa selalu menjadi aspek yang paling misteri di Dunia Magus. Walaupun Akademi Abyssal Bone Forest mempunyai reputasi yang tinggi dalam bidang ini, sebenarnya akademi ini hanya mempunyai beberapa teori superfisikal sahaja. Bagi Leylin, dia hanya pembantu paderi tahap 2, oleh itu dia tiada akses kepada maklumat sebegitu. 

"Sihir Penjelmaan itu memadai untuk buat masa ini." Leylin memandang sekelilingnya sambil menunggang kereta kuda kea rah hutan kecil yang berhampiran dengan tergesa-gesa.

Apabila Leylin muncul semula seketika, penampilannya berubah dengan drastik.

Penampilannya yang asal itu berubah menjadi matang. Dengan alis yang tebal dan mata yang besar, dia memiliki muka yang agak biasa.

Pakaiannya juga berubah menjadi perisai kulit kalis cuaca. Pedang yang tergantung pada gancu pinggangnya juga kelihatan lama.

Leylin sebenarnya mempunyai tubuh badan yang tinggi dan sihat. Tubuh badannya juga memang kenampakan seperti dewasa biasa sebelum perubahan itu. Sekarang, dia kelihatan kurus tetapi seolah seorang tentera yang berpengalaman.

Leylin berjalan ke tepi sungai untuk melihat gambaran dirinya. "En! Boleh tahan! Suaraku pun telah berubah dan saya juga boleh mengubah suai nada suara."

Suaranya berubah menjadi lebih kasar dengan drastik, yang asalnya lembut, kurang matang dan muda. "Saya akan masuk ke bandar ini untuk sementara waktu dalam penyamaran ini!" Leylin angguk kepalanya dan keluarkan beg kulit. Di dalamnya ada serbuk putih.

"1 gram dari Serbuk Penyingkiran Bau yang perbuat daripada Cacing Bawah Tanah yang Buta mampu menyingkir sebarang organisma hidup dengan aroma mereka!" Kata Leylin dengan lembut. 

"Ini sepatutnya menjadi kaedah penyamaran utama di dunia fana. Penampilan dan aroma saya telah berubah, jadi ia bukan senang untuk mencari saya dengan kaedah biasa! Tetapi bagi gelombang tenaga kekuatan rohani pula, saya tidak dapat sembunyikannya. 

Leylin membuat pemerhatian melalui kereta kudanya sekali lagi. Dia kemudian membuang barang-barang yang tidak perlu dan menyimpan peti yang penuh dengan posyen dan buku sihir sahaja. Dia turut mengikat peti itu ke badan salah satu daripada dua ekor kudanya.

"Mari kita pergi!" Leylin mendekati kuda terakhir yang tidak membawa sebarang beban dan mengungkai tali kekang.

"Woo!" Kuda hitam itu meringkik dan kemudian berlari secara rawak.

Selepas itu, Leylin kembali ke kereta kuda dan menabur sejenis serbuk merah di sekelilingnya. Berikutan itu, dia menabur sisa-sisa baki Serbuk Penyingkiran Bau di atas kedua-dua ekor kuda. Dia kemudian menaiki salah satu kuda dan menunggangnya.

Tidak lama selepas itu, asap hitam muncul di hutan, diikuti api. 

Semasa Leylin mengikut jalan utama, dia dapat melihat banyak tanda-tanda manusia. Selepas satu jam, Leylin nampak bayang-bayang Bandar Batu Kelabu. 

Dinding kotanya agak rendah. Bumbung yang bulat dan bangunan kelabu yang kukuh kenampakan dari luar. 

Tentera bersenjata sedang meronda bersebelahan dinding-dinding di kawasan itu.

"Nyatakan tujuan kamu." Ketua tentera yang memakai perisai-separa berkulit menyuruh Leylin untuk berhenti.

"Saya seorang tentera upahan, dan juga seorang pedagang!" Leylin tersenyum. Dia dapat melihat ketamakan di mata ketua tentera.

Melihat kuda yang ditunggang oleh Leylin dan peti-peti di belakang, ketua tentera itu menelan air liur. Pandangan matanya jatuh pada pakaian Leylin.ketika melihat pedang yang tergantung pada pinggang Leylin. Ekspresi mukanya menunjuk ketakutan.

"Awak perlu bayar sekeping syiling gangsa sebagai yuran untuk masuk!"

"Ini dia!" Leylin melambung duit syiling gangsa kuning yang baharu kepada ketua tentera itu.

"Awak boleh masuk! Jangan bersiar-siar pada waktu malam. Melanggar perkara sedemikian akan menyebabkan awak dipenjara!" Ketua tentera itu menunjuk senyuman yang tidak senang.

"Terima kasih!" Leylin membawa bagasinya melalui pintu bandar.

"Ketua?" Ternyata ada tentera yang tidak berpuas hati.

"Senyap! Tidakkah awak melihat bagaimana dia berpakaian? Dia kelihatan seperti orang yang berpengaruh. Dia mampu membuat perjalanan sambil membawa barangan yang berharga dan tiba di bandar tanpa sebarang kecederaan. Siapa tahu, dia mungkin seorang Satria!" Ketua tentera itu bertikam lidah dengan suara yang rendah, "Lain kali, jangan cari masalah dengan orang-orang sebegini!"

"Kekuatan saya memainkan peranan yang besar tidak kira tempat."

Leylin menunggang kuda di bandar. Dia dapat melihat rakyat biasa di kedua-dua belah jalan cuba mengelakkan diri mereka daripada Leylin. Apabila mereka memandang Leylin, mereka menunjuk perasaan yang takut dan iri hati. Mereka turut tunduk terhadapnya. 

"Pembangunan Bandar Batu Kelabu ini tiada tandingan dengan bandar kecil dari kehidupan saya dahulu!"

Terdapat sekitar 10,000 penduduk sahaja di seluruh Bandar Batu Kelabu ini mengikut anggaran Leylin.

Taraf hidup mereka pula sangat teruk.

Kaki lima perbuat daripada lumpur kuning dan penuh dengan pasir kasar. Tiupan angin kecil pula membuat debu kuning berterbangan di udara.

Kebanyakan orang di kedua-dua belah jalan nampak kurang sihat dan mereka hanya memakai jubah kelabu atau hitam yang buruk dan berlubang.

Sepanjang jalan ini, terdapat lembu dan kambing biri-biri yang dilindung oleh pagar. Malah sesetengah ternakan yang bersaiz kecil pula sedang berlarian di persekitaran dengan bebas. Bau dari tahi binatang yang segar itu meresap ke atmosfera secara berterusan.

"Kotor, buruk, kucar-kacir!" Ini pandangan pertama Leylin terhadap Bandar Batu Kelabu itu.

"Mari cari tempat penginapan dahulu!" Dia agak penat setelah perjalanan yang jauh ini.

Leylin tidak berjaya mencari penginapan setelah cuba merayau untuk seketika. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk membayar beberapa duit syiling gangsa kepada orang tempatan sebagai pertukaran maklumat mengenai penginapan.

"Pedang Besar dan Cawan Wain. Ini dia." Leylin memandang tulisan pada papan tanda dan terkejut.

Kedai warisan keluarga ini terletak di arah barat, di mana ketenteraman awamnya tidak stabil. Sepanjang perjalanan, Leylin dapat melihat banyak pemabuk dan pergaduhan. Pedang dan pisau belati turut diguna oleh mereka sebagai senjata. Walaupun begitu, tiada jejak pegawai keselamatan di situ.

Bau wain anggur yang kurang mutunya menyusup masuk ke hidung Leylin ketika dia membuka pintu.

"Mari! Minum secawan wain!""Mantap, Jack!" Keriuhan terus-menerus menyerang gegendang telinga Leylin.

Bahagian dalamnya seakan sebuah pub. Terdapat ramai peminum yang sedang berpesta dengan minuman alkohol. Ada yang separuh waras dan mabuk. Pemabuk-pemabuk ini sedang meraba pelayan perempuan dan bercakap kotor dengan mereka. 

"Encik! Apa yang awak mahu?" Hanya pelayan bar yang berambut kuning itu kelihatan paling siuman di pub.

"Adakah benar yang saya boleh mendapat tempat penginapan di sini?"

Leylin duduk di bangku bersebelahan kaunter. 

"Ya! Kami satu-satunya penubuhan yang sediakan perkhidmatan penginapan di seluruh Bandar Batu Kelabu ini!" Namun, pelayan bar itu mengangkat bahunya dan berkata "Bagaimanapun, ia bukan sesuatu yang membanggakan. Ia kerana pelawat yang datang ke sini sangat sikit sepanjang tahun!"

"Bagi saya bilik yang tenang dan tempat untuk menjaga dua ekor kuda. Berapakah harganya?" Leylin memandang tong besar di belakang pelayan bar.

"Bagi saya bir terbaik di sini!" Leylin melambung duit syiling perak.

"Sedia untuk berkhidmat!" Tidak lama kemudian, pelayan bar itu membawa cawan yang mempunyai pemegang ke meja Leylin, "Arak mentega madu! Minuman terbaik kami di sini!"

Leylin menghirup arak itu sambil mendengar pengenalan daripada pelayan bar itu.

Hakikatnya, ramai Magi tidak suka minum arak kerana ia akan memudar deria rasa mereka. Mereka lebih suka memilih minuman yang dapat tingkatkan semangat mereka. 

Leylin pun jarang minum. Walau bagaimanapun, rasa ingin tahunya membangkit nafsunya untuk mencuba. Minuman mentega madu ini tidak sehebat mana. Leylin berasa tertipu dengan bau tart dari minuman itu.

"Harga penginapan di sini untuk satu malam merupakan 30 syiling gangsa dan penjagaan untuk 2 ekor kuda, termasuk makanan mereka pula perlukan tambahan duit sebanyak 20 syiling gangsa!"

Leylin telah bersiap sedia dengan wang tukaran sebelum dia keluar dari akademi lagi. Jadi sekarang, dia melambung 2 syiling perak dengan lurus, "Buat sementara ini, saya akan tinggal di sini untuk 4 malam…"

"Tengok! Cantiknya kuda ini! Warna bulu mereka! Pembinaan ini! Mereka pasti lebih berharga berbanding kuda perang di rumah tuan Bandar!"

Suara yang sangat jengkel kedengaran.