webnovel

PELINDUNG RATNA

Autor: ZYNIX
Acción
En Curso · 12.7K Visitas
  • 4 Caps
    Contenido
  • valoraciones
  • N/A
    APOYOS
Resumen

kisah Zen seorang yang kuat bergaduh dipindahkan ke sekolah baharu dan dia berjanji kepada adiknya bahawa dia akan berubah dan tidak akan bergaduh lagi. di sekolah barunya dia telah jatuh cinta dengan seorang wanita berambut putih dan pandai bermain piano juga merupakan murid baru di sekolah itu serta menjadi pujaan para murid lelaki. selain itu Zen juga telah mendapat beberapa kawan baru yang mendampinginya kerana Zen dianggap lemah dan sering dibuli, namun begitu disebabkan kebaikannya dia disayangi oleh orang sekelilingnya. pada suatu hari terjadi sesuatu yang tidak diingini dimana telah mengubah peribadi Zen dari seorang yang ceria dan lemah kepada seorang yang serius dan badass demi membalas dendam dengan menyertai satu pertandingan seni mempertahankan diri yang bernama "X FIGHTER". dimana akan merungkai segala tanda tanya dalam perjalanan kisah ini mengapa,bagaimana,dimana,dan siapa yang menyebabkan kehidupan Zen sering berubah dan tersiksa. Disinalah kisahnya bermula.....

Etiquetas
3 etiquetas
Chapter 1CHAPTER 1:AMARAH

"saya rasa sampai sini saja awak akan bersekolah di sini, awak akan dibuang sekolah dan akan dihantarkan kesekolah diluar negeri" kata encik Simon kepada Zen. "tapikan cikgu, tolong bagi saya peluang…." Kata Zen dengan raut wajah yg kasihan.

"dah banyak kali saya bagi kamu peluang, kamu tu yg tak pernah nk berubah" kata encik Simon sambil membeliakkan matanya dan meletakkan jari telunjuknya pada dada Zen.

Mendengar kata tersebut Zen pun terdiam dan menundukkan kepalanya dan berasa bersalah kerana dalam setahun ini banyak masalah yang di buatnya.

"mungkin sebab perangai awak ni bapak awak mati, atau ibu bapa memang gagal mendidik anak" sambung encik Simon. Mendengar kata-kata tersebut Zen menjadi marah, dia menggenggam ke dua-dua tangannya. Melihat tindakkan Zen encik Simon menoleh ke belakang dan terus mengambil rotannya yang setebal ibu jari yang terletak dia atas mejanya.

Seketika encik Simon hendak melibas Zen, zen yang sambil menundukkan kepalanya dan bermuka tersangat marah berkata "kau gemuk tidak akan sentuh aku lagi…" dengan menggunakan tangan kirinya Zen memblocking tangan kanan encik Simon yg memegang rotan, lalu melayang satu tumbukkan sulung dari tangan kanannya tepat ke muka encik Simon. Justeru itu encik Simon terpelanting ke belakang dan jatuh ke atas lantai. Cermin matanya pecah dan remuk, hidungnya bengkok sedikit, dan giginya patah sebatang.

Encik Simon langsung pensan lalu Zen berkata dengan nada marah yang perlahan "kau boleh kutuk aku, kau boleh pukul aku, tapi sekali kau sentuh keluarga aku, kau mati. Tuhh.." Zen menamatkan kata-katanya dengan satu ludahan tepat ke muka encik Simon.

Zen mengambil surat berhenti sekolahnya dan langsung beredar dari ruangan tersebut. Dari belakang Ketika dia berjalan keluar di kaki lima terdengar suara beberapa murid dan guru terkejut melihat keadaan encik Simon yg sekarat tersebut. Zen langsung tidak menoleh ke belakang. Dengan muka selamba dia berjalan keluar dari sekolah.

Sekarang adalah dipertengahan musim luruh, belum sempat Zen menamatkan pelajarannya di sekolah menengah rendah, dia telah dipindahkan ke sekolah di luar negeri pada musim bunga akan datang. Jadi dia mempunyai banyak masa terluang sebelum dia dipindahkan.

Dalam perjalanan hendak balik, Zen terlihat sedih dan kepenatan. Dia menarik dan menghembuskan nafas yg sangat dalam lalu mengingati perbuatannya jahatnya semasa di sekolah dari awal tahun ini. Wajahnya seperti menyesal kerana dia telah mencemarkan nama baik keluarganya dan mengingati kesusahan ibunya Ketika selepas kematian ayahnya.

Zen datang dari keluarga yg sederhana. Ayahnya adalah bekas petarung dalam pertandingan X Fighter iaitu satu pertarungan seni bela diri gaya bebas diatas ring. Satu hari ayahnya mengalami kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kereta yg dipandu ayahnya terjatuh ke tepi jurang yg tinggi. Sejak dari itu ibunya Zen bertanggungjawab bekerja mencari nafkah untuk membiaya keperluan keluarganya yang terdiri daripada tiga org iaitu Zen, puan Maria(ibu Zen), dan adik perempuannya Erina atau dipanggil sebagai Erin.

Dengan ketiadaan ayahnya Zen terlihat tidak terkawal, dia kuat memberontak, ibunya sibuk bekerja dari pagi sampai malam. Mujur ada Erin yang selalu menemaninya tatkala di rumah atau Ketika mereka keluar. Bagai air yang di cincang tak akan putus, begitulah seberapa sayangnya Zen kepada adiknya begitu juga dengan adiknya.

Seketika dalam lamunan datang 4 orang lelaki berbadan besar dan botak menunggang motosikal kalsik menghampiri Zen. Zen terlihat cuak dengan keadaan tersebut namun dia tetap sentiasa dalam keadaan bersedia fizikal dan mental, kemungkinan dia akan di serang dengan senjata atau tangan kosong.

"oii budak, bak sini barang-barang kau, keluarkan dompet, telefon dan apa-apa saja yang kau ada" kata salah seorang diantara lelaki botak tersebut. "kalua aku tak nak kau nk buat apa?" tanya Zen dengan nada marah dan berhati-hati. " kalua tak… kau Nampak ni, jangan main-main dengan kami, ini Kawasan kami, kami berhak meminta apa-apa dari kau orang yang lemah ni" kata seorang lagi diantara mereka yang terlihat seperti ketua diantara mereka sambil memegang sebilah parang.

Zen terdiam dan mukanya sedikit pucat. Geng botak itu ketawa sambil melihat kearahnya. "baiklah, aku bagi apa yang korang nak tapi tolong lepaskan aku" kata Zen dengan nada yang tenang. " baiklah kalau tu yang kau nak, tapi ingat bagi semua yang kau ada" kata lelaki botak yang memegang parang itu sambil ketawa kecil lalu mengeraskan suaranya kepada Zen.

Tanpa banyak kata Zen mengeluarkan segala barangnya termasuk dompet, telefon bimbit, pemain mp3. "ini jaa.. yg kau ada menyusahkan betul lah kau ni, lagak bukan main duit pun sikit HAHAHAHA…" kata ketua geng botak itu sambil memandang Zen lalu mereka semua ketawa terbahak-bahak.

"nanti dulu boss.. ada satu lagi barang dia sorok" kata salah seorang diantara mereka yang berada di sebelah kanan Zen sambil melihat kearah rantai yang di pakai Zen lalu dia memegang rantai itu.

Tiba-tiba wajah Zen bertukar menjadi marah kerana mengingati kenangan ayahnya yang memberi rantai itu sebagai hadiah hari lahirnya yang ke 14. Rupa-rupanya dia amat menyayangi rantai itu.

Dengan tidak semena-mena Zen mencekik leher lelaki botak yang memegang rantai itu dengan sangat kuat sehingga membuatkan lelaki itu sesak nafas. Lelaki itu cuba untuk melepaskan diri tapi genggaman Zen lebih kuat dari apa yang dia fikirkan. Tubuh zen terlihat kurus tapi lengannya terlihat gagah.

" tak guna kau…" kata salah seorang lelaki botak sambil menghayunkan kerusi kayu kearah Zen. Namun dapat ditangkis oleh Zen dengan menggunakan tangan kirinya sehingga membuatkan kerusi itu hancur, lalu Zen melepaskan leher lelaki yang dicekiknya lalu menendang alat kelamin lelaki yang menghayunkan kerusi itu kepadanya. Terlihat disitu dua orang lelaki botak dan berbadan besar telah tumbang oleh seorang budak sekolah menengah rendah. Sekarang tersisa lagi dua orang.

Tanpa tunggu lama Zen terus mengambil semula barang-barangnya dan berlari sekencang yang boleh menuju kearah pasar awam.

También te puede interesar

Hikayat 6 wira bersaudara

Sofian umur 24 tahun masih lagi bujang dia ialah seorang peon disebuah syarikat terkemuka di negeri sembilan, lama dia berkhidmat disitu tapi tidak diberi peluang untuk merasa kenaikan pangkat mahupun gaji, dalam masa cuti rehat dia menghabiskan masa mengikuti kelas silat hanya itu yang dia minati sejak kecil selepas mendengar cerita dari arwah datuknya tentang lagenda 5 bersaudara membuat dia tertarik mempelajari ilmu seni mempertahankan diri tersebut. Nak dijadikan cerita dia mendapat arahan dari pegawai atasan untuk menghantar dokumen ke sebuah bank, setibanya di destinasi berlaku sesuatu yang tidak dingini, sekumpulan lelaki bertopeng cuba untuk melakukan rompakan dibank tersebut dan memegang seorang tebusan yang juga kanak-kanak, dengan bersenjatakan parang dan pistol mereka mengugut pihak keselamatan untuk membukakan laluan tanpa halangan untuk mereka melarikan diri, Sofian tanpa berfikir panjang masuk campur dalam pergelutan itu demi membebaskan kanak-kanak tersebut dalam masa yang sama terdengar beberapa das tembakan dilepaskan..bang*....bang*.......bang*...... perompak berjaya ditahan pihak berkuasa, tetapi Sofian terkulai layu dihadapan lantai bank berkenaan, dia dimasukkan ke hospital dengan pendarahan teruk diperut, rusuk kanan dan paru-paru kiri doktor pembedahan hanya menggelengkan kepala menunjukkan tanda yang Sofian tidak mungkin dapat hidup lama dengan kehilangan darah yang banyak Sofian jatuh koma...ikuti pengembaraan roh Sofian kembali ke zaman lampau melalui masa ke era 13 kurun mengambil alih tubuh seorang kanak-kanak yang mati akibat dipatuk ular berbisa. saya translate dibawah menggunakan google translate maaf. Sofian was a peon in a leading company in the state of nine, where he served a long time but was not given the opportunity to feel a promotion or salary, during his rest period he spent the course of silat only that he had been interested since childhood after hearing the story of his grandfather about his grandfather The 5 legendary siblings make him interested in learning the martial arts science. He made the story he received instructions from his superior to send a document to a bank, upon arrival at a destination of something unusual, a group of masked men tried to commit the robbery and held a ransom as well as a child, armed with their machetes and pistols threatening security forces to open their path without hindrance to escape them, Sofian without long thought to intervene in the struggle to free the child at the same time sounded several shots fired. .... bang * ...... the robbers have been arrested by the authorities, but Sofian was dropped in front of the bank's floor bleeding heavily, he was admitted to the hospital with severe critical bleeding, on the right ribs and left lung the surgeon just shook his head showing signs that Sofian could not possibly live long that was the time Sofian's were fallen coma ... follow the journey Sofian's soul went back past through the 13th century takes over the body of a dead child that has died because of venomous snake bite. I translate it under google translate sorry. TAGS: HISTORICAL FICTION, MARTIAL ARTS, WAR&MILITARY, BROTHERHOOD, FAN FICTION.

linchufeng · Acción
Sin suficientes valoraciones
16 Chs

valoraciones

  • Calificación Total
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de Actualización
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Contexto General
Reseñas
¡Guau! ¡Si dejas tu reseña ahora mismo, sería la primera!

APOYOS